UMIST 2002-2003



 
Di KLIA sebelum bertolak ke UK untuk sambung MSc di Manchester. Siap dengan kot lengkap lagi tu...Hampeh...orang lain pakai baju biase jer...Jakun tak pernah pergi Oversea..he..he..Dekan FKM (PM Abdul Salam) dan member2 yang turut meluangkan masa bersama. Maklum la..staff FKM bertama yang dihantar untuk sambung MSC. Siap dengan jamuan perpisahan lagi. Staf sekarang yang dapat sambung belajar, tak dapatla nak rasa macam tu lagi...:). Dr Kerry dan Farid..masih slim lagi waktu nih...:)
 
 
Bergambar depan bangunan utama UMIST. Nie kira minggu2 awal di Manchester...semua tempat pergi ambik gambar..:)

 
Ini meja belajar di rumah sewa di Old Trafford. Rumah 2 tingkat, 4 bilik. Tak banyak sangat buku. Ada gambar Mak, bakal isteri (Sekarang dah jadi isteri) atas meja tu...Dalam laci tu pulak..kad2 yang diberi oleh bakal isteri..:). Ini la bilik belajar, berchatting. Chat dengan Yahoo Messenger jer waktu tu...Tengok ..GTO dan segala bagai..semuanya disitu..:)
 
 
Ini la gambar member2 sebilik. Ada 3 orang semuanya, Pokku, An dan Et'Ot. Ambil gambar pakai camera Polaroid. Dalam gambar tu Et'Ot dan An. Sebelum ke Jepun pernah berhubung dengan Pokku. Ann dengar khabarnya di UiTM Shah Alam. Et'Ot sudah lama sangat tak dengar berita. Diorang la jadi ahli keluarga semasa disana. Ann pandai nyayi ngan main gitar..:). Et'Ot, kalau bab computer, Play Station memang power. Pokku..bab jalan2 power...:).

 
On the way ke Scotland untuk menghadiri 'Winter Camp'. Nie ada banyak kontroversi sikit..He..he. Ni berhenti untuk makan dan solat. Naik kereta sewa 'LAGUNA RENAULT'. First time bawa kereta dari UK ke Scotland. Semua yang naik kereta tu...semua CUAK. Agaknya lepas tu...semua dah tak mau naik lagi..he..he..
 
 
Semasa di 'Winter Camp' Scotland. Menginap di 'Castle' lama. Macam2 aktiviti disana...Nasyid, ceramah..jalan2. Kat sinilah juga terjumpa dengan Dr Salehuddin (UKM) supervisor projek tahun akhir semasa di UKM dulu..:). Kecil jer..dunia nie..Orang kampong kat Terengganu pun jumpa kat Scotland..dasyhat betul la..

 
Di Itali bersama member2 serumah. Ini waktu sudah lepas exam, tu yang berani pergi jalan2 tu...Member2 yang cari tiket murah, tu yang join sekali tu.. .Ok juga..kalau tak sampai sekarang tak merasa le pergi Itali. Tempat memang cantik...bangunan2 Rome yang lama...Cuma makanan HALAL susah sikit. Tapi best..kenangan yang indah..:)


Ini bersama member2 Old Trafford di salah satu kedai makan halal di Machester...Kalau tengok ada mango lassi atas meja...Dah tentu dok tunggu Nasik beriani nih..:). Diorang semua nie..dah tentu dah jadi orang hebat2 belaka sekarang nih..:). Farhat, Et'Ot, Pokku, An dan Fahmi.
 
 


Bersama member2 'Study Group' di kedai makan buffet..makan apa sahaja..Memang dok larat nak makan..:). Gadis dari China (tak ingat nama..:)), Jose Manuel (Mexico), Mat (UniKL) dan Dr Aswadi (UTM).
 

 
Bersama gadis dari China dekat kawasan PICADILLY. Nampak sempoi...tapi pandai perempuan nih..
 
 
Bersama Dr Ruztamreen, masa ni dia baru sampai di Manchester. Sempat gak la bertemu dan jual TV kepada Tamreen sebelum balik ke Malaysia...:)
 
 

Bergambar di sekitar Bandar Manchester sebelum pulang ke Malaysia. Untuk buat kenangan. Bila tengok balik..boleh tahan gak ler..:)