M'SIA-NIHON 2009

Gambar Semasa Aji dating Melawat
23 Disember 2009:  
 
 
 
Wajah-Wajah Yang Tenang 
4 Disember 2009:
 
Orang kata kalau nak tengok wajah yang ikhlas...Tengoklah wajah2 orang yang kita saying diwaktu mereka tidur. Tengok Mak, Ayah, Isteri dan anak2 kita semasa mereka tidur. Bersyukur yang tidak terhingga, kita yang banyak berdosa ini dikelilingi oleh anak-anak2 kecil yang pasti bersih dari dosa2.
 
Free style tidur di Rumah Sewa di Taman Bukit Katil Melaka
 
 
 
Hari Raya Korban Disamping Ibu Mertua
27 November 2009:

 

Sembahyang hari raya di masjid dekat dengan Hospital USM Kubang Krian, Kelantan. Menemani dan melawat ibu mertua (sekarang telah kembali ke rahmatullah). Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya disini. Kami sekeluarga merayakan Hari Raya Korban disini. Semoga ibu mertua ditempatkan ditempat yang istimewa.



 
 
Berkursus dimana yer? 
31 Oktober 2009:
 
Memerhatikan anak2 berenang atau berendam..:).
 
Naik Kereta Free
 
Berenang ker..Berendam nih?
 
 
Pulang ke Kampung Sekembali dari Bumi Jepun 
16 Oktober 2009:
 
Pulang ke rumah Mertua di Bukit Tumbuh Terengganu.
 
Pak Sedara sedang perhatikan Anak Sedara
 
 
Flight ke KT 
6 Oktober 2009:
 
Dalam kapal terbang ke Kuala Terengganu. Rambut tengah serabai...tengah serabut banyak benda nak fikir...rumah sewa...duit...barang jepun...angkat barang..dan segala bagai..:). Anak Sulong yang ambil gambar tu...Ayah dah takde mood. Tengok pun dah tahu...takde mood.
 

 
 
Dari Narita ke Kuala Lumpur
3 Oktober 2009:

 

Kawan-kawan yang perjuangan masih belum selesai pada ketika itu. Semua mereka adalah keluarga kami di Gunma. Mereka banyak tolong kami semasa di Jepun. Jalan-jalan sama2 dan makan-makan sama2...Terima kasih sebab iringi pemergian kami dari bumi Jepun. Asalnya memang tak sabra nak balik Malaysia. Tapi pada ketika tu..bercampur baur...sedih pun ada jugak.

 

 


Di Narita Airport bersama Bud, Berg, Pian, Tak ingat nama (Sorry) dan Kam
 
Sampai jer kat Malaysia antara perkara pertama adalah...makan KFC halal.....tak pernah rasa KFC di Jepun. Kira tiga tahun tak makan KFC....sebab sepanjang tempoh itu juga tak pulang ke kampong, PhD punyer pasal..:). 
 

Makan KFC kat Rumah Mak Su di Desa Petaling
 
 
 
Jamuan di Rumah Dr Aly 
1 Oktober 2009:
 
Antara malam terakhir di bumi Jepun. Dah takde rumah...kena tumpang rumah Dr Shahabudin. DR Ali adalah jiran kepada Dr Sahabudin. Kami semua kira group keluarga yang ada kat Gunma. Kira Dr Ali antara imam kitaorang masa sembahyang Jemaah ngan Jumaat. Jamuan nie..kira kena paksa makan sampai habis...mungkin tradisi orang Mesir. Tetamu kena makan sampai habis..:).
 





 Mona, Dr Aly, Dr Shabudin, dan anak2
 
 
 
Jamuan Perpisahan Lab ENE3
28 September 2009:
 
Jamuan perpisahan yang dibuat ahli Lab ENE3. Sensei2 pun ada termasuklah Arai Sensei. Sempoi jer..jamuan tu, makan makanan ala-ala steam boat. Walaupun simple, memang terharu dan terima kasih sangat2 kepada sensei dan member2 lab. Dapat gak ler hadiah berupa digital frame. Masih ada kat pejabat di UTeM sampai sekarang..:) Sekejap jer rase di Jepun walaupun 3 tahun dah berlalu. Ingat lagi pada minggu pertama kena marah dengan Arai sensei. Dan banyak lagi suka duka untuk selesaikan PhD dibumi Jepun nih. Walaupun Arai Sensei garang...tapi hatinya baik. Jiwa seorang pendidik yang hebat.
 
Bersama Arai Sensei
 Layan Diri Makan Apa Yang Ada

 Dapat Hadiah Dari Uhmori San sumbangan Ahli Lab ENE3..Diorang pakat2 kumpul duit

 Dapat Digital Frame..Gelak jer Arai Sensei.. Arigatou Minna San

Member2 Lab ENE3 2009 bersama Sensei2. 
 
 
Bermalam di Hospital Yokohama
25 September 2009:

 

Hari terakhir semasa jalan2 di Yokohama ditakdirkan kena bermalam di Hospital. Hospital swasta pulak tu...banyakla kena bayar..Anak sulong Muzzammil kena serangan asma, lepas solat subuh terus gamble hantar hospital swasta di Yokohama. Insuran kesihatan di Gunma tak cover di Yokohama, terpaksala bayar cash. Tinggal beberapa malam di Yokohama Citi Minato Red Cross Hospital untuk jaga anak. Orang rumah kena pulang ke Kiryu bersama Nur Habibah sebab dah kena check out dari hotel penginapan. Sebenarnya peristiwa ini menyebabkan, majlis konvokesyen tidak dapat dihadiri. Takpe, anak lebih penting. Yang penting PhD dah selesai..:).

Yokohama Citi Minato Red Cross Hospital
 
Muzzammil dan Nebulizer
 
 
 
Sekitar Yokohama
24 September 2009:

 

Jalan2 disekitar Yokohama. Pergi bergambar di sekitar perlabuhan Yokohama. Ambil gambar bangunan yang pelik2 sikit dan kapal2 yang ada disitu.  Kat perlabuhan ada pulak budak jepun comel yang suka sangat datang kat kitaorang. Mungkin dia nampak muzzammil ngan habibah atau mungkin tengok kitaorang pelik sikit...satu2nya yang bertudung disitu..:)

 

 

Bangunan Berbentuk Layar

Sauh Kapal
 
Sempat juga pergi ke Museum Anpaman. Anpaman merupakan salah satu character animasi yang terkenal kat Jepun. Tapi kat Malaysia macam tak berapa terkenal. Tapi watak dan jalan cerita Anpaman nie simple jer...tapi menarik...budak2 suka. Masa nie la...Muzzammil tunjukkan tanda mula nak semput. Mungkin suka sangat..dan terlalu banyak berlari kesana-kesini.
 

Wall Paper Anpaman

Character Anpaman

Kapal Angkasa Baikinman

Currypanman, Baikinman dan Panman

Pelukis Sebenar Anpanman


Antara Watak2 Kartun Anpaman yang Banyak

Kapal Di Perlabuhan Yokohama

Abang Long Penat

Budak Perempuan Jepun nak Join Main Sama2

 Sekitar Taman di Perlabuhan Yokohama
 

Hari Pertama Ke Yokohama
23 September 2009:

 

....................................  
 







 
 

Hari Raya Terakhir Di Bumi Jepun
20 September 2009:

Hari raya kali ini sederhana sahaja sebab ramai pelajar2 Malaysia yang balik kampong. Tinggal la..kitaorang yang berkeluarga  di sini. Juadah raya pun buat mana yang sempat. Mood Raya dah + Mood balik Malasia = Tak Berperasaan

Muka Serabai Bakar Sate Sorang2 guna Oven..)
Gambar Sekeluarga..Baju macam sama jer..dengan tahun2 lepas..:)
Bersalaman dengan Isteri Tercinta
Bersalaman dengan Anak Sulong

Bersalaman dengan Anak Bongsu Ketika Ini


Habibah Salam Abang Long


Abang Long Salam Ibu

Habibah Salam Ibu
Abang Long, Habibah Bersama dengan anak Dr Aly dan Dr Shahabudin (Bud)
Makan Apa Yang Ada
Doa sebelum Makan..Berg dok doa ker..:)
 Hasil Kreativiti Abang Long Dengan Mainan Baru Sebelum Hari Raya 

Jalan-jalan ke Aeon Ota
19 September 2009:
 
Kereta Estima dah hantar ke pelabuhan untuk ke Malaysia. Jadi kenderaan dah takde. Kena la pinjam kereta sapa2 untuk menghabiskan sisa-sia masa di bumi Jepun nie. Yang jadi mangsa adalah kereta jiran-jiran..he..he
 

Dalam Kereta Addin..pinjam
Main Dalam Timbunan Bola
Main Apa Tu Abang Long?
Habibah Main Masak2..Masak Burger Agaknyer
Gaya Kamen Rider Double
Habibah dan Muzzammil di Aeon

Hasil Imiginasi Muzzammil
10 September 2009:

Kereta kamen rider agaknya..menggunakan 'Block'.
  


  
Testing Masak Sate Menggunakan Oven
8 September 2009:
 
Cuba masak sate menggunakan oven. Nak tengok jadi ker tidak. Kalau jadi boleh gunakan kaedah nie masa Raya. Sebab kaki tangan tak cukup, ramai yang dah balik kampong. Kira jadi jugak la ..menggunakan cara nie...mungkin lebih baik..sebab kurang asap atau takde asap langsung. Sedap tak sedap sangat bergantung kepada rempah yang diperap. Untuk bagio sedap menggunakan kaedah nie..kena pastrikan perapan mantap. 

 
Ustaz tengah masak sate
 

Nie apa hal pulak duk tunggu depan Ais Box nie? Kurang perhatian Kot
 
Sorang Lagi Kurang Perhatian
 

 Dua-dua tak dapat perhatian sebab Ayah Sibuk Masak Sate..:)
 
 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
6 September 2009:
....................................  
 






xxxxxxxxxxxxx

31 Ogos 2009:
....................................  
 





 
 

 

xxxxxxxxxxxx
28 Ogos 2009:

 

.................................... 

 




xxxxx


27 Ogos 2009: 
.................................... 
 


 xxxxx


23 Ogos 2009:

.................................... 
 


 

 xxxxxxx
19 Ogos 2009:
.................................... 

 
 xxxxxxx
18 Ogos 2009:
 .................................... 

 
 











 
 
xxxxxxxxxxx
17 Ogos 2009:
 .................................... 

















 
 
 xxxxxxxxxxxxx
16 Ogos 2009:
 .................................... 




















 
 xxxxxxxxxxx
15 Ogos 2009:
 .................................... 
 


 

xxxxxxxxxxxxx
13 Ogos 2009:

 .................................... 
 








xxxxxxx
8 Ogos 2009:

.................................... 
 



xxxxx
7 Ogos 2009:

 .................................... 
  



xxxxxxx
1 Ogos 2009:

 .................................... 










Trip to Nagoya
xx Julai 2009:





xxxxxx
13 Julai 2009:

 .................................... 
 


xxxxxx
12 Julai 2009:

 .................................... 
 










xxxxx
11 Julai 2009:

 .................................... 
 



xxxxx
3 Julai 2009:

.................................... 







xxxxxxxxxxx
28 Jun 2009:
 
....................................