Suatu Petang di Padang Gundai
20 Disember 2008:
xxxxxxxxxxxxxxxx
17 Disember 2008:Open House White Corp 2
Akhirnya berjaya jugak white 2 corp nak buat open
house kali ni, dek tertunda semasa Aidilfitri dulu pasal setiap hari minggu
semua ada hal yang memang tak dapat dielakkan. Menu kitaorang kali ni nasi
ayam, karipap, roti jala dan menu istimewanye aiskrim goreng hasil karya cik
intan dengan cik ani. Tapi apa yang membanggakan kali ni jiran kitaorang kali berjaya
membuat roti jala lebih kurang 2 kilo tepung gandum…wah..wah..rasa teruja
sangat!. Kak yati biasa buat “ropa” (sejenis kuih kat Terengganu… lebih kurang
roti jala gak cuma dalamnya ada inti), 1/2 kilo pun dah rasa lenguh-lenguh
tumit, pinggang, lenguh sana, lenguh sini ..inikan 2 kilo?...ish..ish..gigih
sungguh. Menurut kata mereka baru kini mereka tahu bagaimana maksudnya macam
nak patah pinggang!, cik ani pula siap menunjukkan bakat bersenam semasa open
house, katanye nak betulkan urat2 yang lenguh. Ha..ha..ha…kesian
jiran-jiranku..bersungguh-sungguh sampai tidur jam 2.00 pagi buat roti jala.
Dah la tu kak yati kejutkan pulak pukul 6.00 pagi pasal nak tumpang periuk nasi
untuk Nasi Ayam pasal kat rumah asyik ‘tendang’ je…. Peristiwa untuk kali ni: 1)
Nak buat nasi ayam hainan tak jadi sebab stok kicap tak de, last-last buat nasi
ayam biasa. Lupa nak tanya jiran sebelah, rupa-rupanye diaorang banyak stok. 2)
Intan & Ani guna cawan plastik yang ditebuk untuk buat roti jala
sedangkan kak yati ada Moralnya kali ni: Tanya jiran kita terlebih
dahulu..ha.ha.ha…
Wassalam…
Permintaan Abang Long
11 Disember 2008:
“Abang Long nak donut” berulang kali Abang Long
sebut, last-last sekali dia menangis pasal ibu tak buat lagi donut. Ibu cakap
nanti la bila Abang Long balik sekolah ibu buat…
“tak nak, nak donut, nak
donut, tak nak balik sekolah…ibu tak buat donut”
“nanti-nantilah”…..
“wuaaaa………………..”
Rupa-rupanya anakku ingat lagi janji yang kubuat
semasa kat dalam kereta beberapa minggu lepas semasa g SMARK. Dek kerana ni
second time kuberjanji, ku buat jugak pagi tu cepat-cepat selepas masak untuk
lunch siap. Nasib baik Nur Habibah tidur
Petang.....
"Ibuuuu.......Abang Long dah balik sekolah,
mana donutnye?"
"La..ingat lagi rupanye...., nasib baik dah
buat"
Abaikan saje rupanye sebabnye memang ku tak ada
mood untuk memasak donut, janji rupa macam donut udah lee.. Moralnye jangan
berjanji dengan anak kalau tak berani tunaikan…..
Selamat Hari Raya Korban 2008
8 Disember 2008:
Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allah…”
Hari ni raya ke ibu? Ha…ah.. Raya kat Kaikang? Semayang, makang,gambo, balikk……?
Ye, sayang..hari ni kita raya.
Tahun ni seawal 6.30 dah nak kena berkumpul kat
kaikan pasal ada orang yang ada kelas pukul 8 lebih. Tapi raya kali ni macam
tak bersemangat je, ye..la tiap-tiap tahun baju sama je dok ulang. Suami pun
dah malas nak pakai baju melayu. Katanya bila tengok gambar dah confuse Raya
apa dan tahun berapa. Kalau dicongak-congak ni raya kali ke-6 kat bumi Nihon
ni. Feel raya dah tak ada dah, sekadar memeriahkan suasana. Hidangan kami hari
tu..nasi impit, kuah kacang dan rendang daging
XXXXXX
4 Disember 2008:
Aktiviti Sekolah Abang Long
2 Disember 2008:
Aktiviti sekolah hari ni..bersiar-siar di tepi
sungai. Actually ni dah berapa kali ntah, dah tak ingat
selalu gak aa..sensei bawa budak-budak ni bersiar-siar kat tepi sungai..suka
arr... gambar pun snap kut atas rumah je, mana yang sempat tapi Abang Long
sempat la lambai kat ibu.
Onigiri...In The Making
2 Disember 2008:
Warga Gunma Baru...Ajrin
30 November 2008:
Autumn
30 November 2008:
Hasil Kutipan Kedua Abang Long
28 November 2008: Aktiviti kat sekolah hari ni.......gali daikon
Terima Kasih... Abang Long
26 November 2008:
Tolong jaga adik masa ibu nak solat
Roti..Roti..
24 November 2008:
Pemberian jiran yang berhati mulia...ありがとう
Farewell Party at Isesaki...Brother Ashfaq..
22 November 2008:
Autumn..
22 November 2008:
Nur Habibah Dah Setahun..
19 November 2008:
19/11/19 (tahun jepun) Dah setahun dah Nur Habibah lahir kat dunia ni. Selamat Hari Lahir Sayang! Semoga jadi anak solehah, berjaya dunia & akhirat. Nur Habibah pun dah boleh berjalan sepenuhnya, terkedek-kedek jalannye. Gigi pun dah ada 6 batang. sama dengan masa Abang Long dulu Cuma masa Abang Long gigi tu elok lebih kurang 2 minggu je lepas tu dia jadi berkapur dan terus runtuh. Katanye doktor ibu kurang minum susu masa pregnant, 2 gelas sehari tu tak cukup katanya. Sekarang ni Nur Habibah fasih sebut “Mama”, “Papa” sama jugak dengan Abang Long dulu, sebab tu la vocab yang paling senang untuk baby sebut. Masa Abang long dulu dia dapat sebut "ayah" dulu lama lepas tu baru la boleh sebut "ibu"…alahai….. Kalau makan tu nak makan sendiri, tak nak ibu suap dah sekarang ni. Minum pun nak minum sendiri. Bagi je la traning mug tu senang sikit. Kalau Abang Long dengan ayah nak g sekolah tu, dah pandai cium tangan…eemm… Solat pun dah pandai ikut ibu sekarang, kalau ibu dengan ayah solat sibuk dia nak ikut sekali…haaa….nanti bila besar rajin-rajin la solat tau!
Buah Kesukaanku..
11 November 2008:
Masa first time makan buah ni masa belajar kat Penang. Kata Kak Nurul nama buah ni Pisang Kaki. Masa tu terfikir jugak kenapa dipanggil pisang kaki kalau tomato kaki okey gak pasal rupanye macam tomato tapi kat mana kakinye? Masa tu buah ni tak masuk lagi pasaran Terengganu, try gak cari kat Pasar Besar Kedai Payang tapi tak de. Sekarang ni bila sampai Jepun baru tau rupanye kaki tu nama untuk buah ni dalam bahasa jepun.
Autumn ...Karuizawa..
2 November 2008:
Sea Paradise..Hakkeijima, Yokohama..
27 Oktober 2008:
Hari ni hari terakhir kat Tokyo, sepanjang duk sini
asyik mendung dengan hujan je, bila time nak balik cerah la pulak. Tiba-tiba
ada je orang ubah plan, nak g Yokohama lak pasal kelmarin cancel. Apalagi check
out cepat-cepat….Yokohama..Sea Paradise. Ingatkan dekat, jauh rupanya
perjalanan je dah sejam lebih, sampai-sampai je dah dekat pukul 11.30 pagi.
Mula-mula cari port dulu nak suap Habibah makan pasal pagi tadi dia tak nak
breakfast pagi-pagi buta, sementara tu ayah g cari makanan untuk Abang Long,
lapar katanya. Memandangkan masa pun terhad sebab nak balik Kiryu lak tempat
nak pergi kena pilih-pilih je la. Tempat pertama g Aqua Museum, kat sini macam
underwater world la, lepas tu g tengok pertunjukan dolphin. Tempat kedua g
Dolphin Fantasy, lebih kurang yang pertama, tempatnya tak sebesar yang pertama.
Tempat ketiga yang kitaorang g Fureai Lagoon, Open Aquarium. Kat sini boleh
sentuh ikan kalau kita nak. Pusing punya pusing rupa-rupanya tempat yang
kitaorang lalu rupa-rupanya tempat singa laut lalu untuk buat pertunjukan,
kebetulan masa tu la singa tu nak lalu, punya la laju dia jalan sampai
kitaorang tergopoh gapah lari sebab singa tu punya la besar, takut tengok
taringnya. Bila dia buat pertunjukan, suruh Muzzammil sentuh singa laut, singa
duk depan mata dah, dia lari takut katanya..ha..ha..ha.. ibu marah Muzzammil
pasal apa takut singa tu tapi ibu pun takut sebenarnya pasal mukanya banyak
misai, taring dia panjang heiii..sekali dia tersalah ngap karang. Masa
pertunjukan penguin baru dia berani sentuh penguin tu….ye la penguin tu kecik,
cute pulak tu berani la Muzzammil sentuh. Hajatnya nak lama-lama kat sini tapi
tak bolehhhh…..ayah takut tak sempat keretapi ke Kiryu. Addin cakap last
Limited Express pukul 8.00 lebih kalau tak...Dah la nak cepat, boleh terlepas 2
stesen lak keretapi ke Kita Senju…waa….tak perasan, orang kat dalam keretapi
macam sardin, nak tengok tak nampak sign board, nama tempat yang dia berhenti
yang digital lak tak de…aduiii...Nasib baik keretapi untuk berpatah balik
banyak, kalau tak….terpaksa bermalam lagi kat sini…lastly dapat jugak keretapi
terakhir ke Kiryu. Bila kat dalam keretapi lak ada pulak orang duduk kat tempat
kitaorang beli, aduii…dah confuse ni betui ke tiket ni..ke double macam selalu
berlaku kat Malaysia, check punya check diaorang terperasan diaorang pakat
duduk je tak tengok no. tempat, kitaorang tak halau pun, diaorang lari
sendiri…wahh….lega dapat duduk….tak sabar nak balik Kiryu. Sejauh mana pergi
pun Kiryu tetap diingati terutama Daisoku!
Odaiba..
26 Oktober 2008:
Hari ni memang nak ke Odaiba. Saje nak tengok Statue Of Liberty yang Ayu canang-canangkan. Ha..ha..ha… sampai jugak kat sini ayu! Memang cantik tempatnya, berlagun tapi pasir kat pantainya tak sehitam tempat yang kitaorang g hari tu. Putih sikit. Kebetulan masa datang hari tu ada marathon, basikalthon dan apa-apa thon lagilah sibuk aaa…sikit. Pusing-pusing kat shopping complex ni je lepas tu singgah Surabaya lunch kat situ. Bangunan Fuji TV sempat lalu je, lepas tu hajatnya lepas ni nak g Yokohama tapi duk pusing kat situ je dah nak malam..so balik je la, Yokohama cancel.
Roppongi Hill..
25 Oktober 2008:
Datang kat Tokyo kali ni bukannya apa pasal nak
temankan suami buat presentation kat sini. Datangnye dari 23hb dah, saje datang
awal sehari pasal susah dengan anak-anak nak handle kalau pergi hari
presentation tu. Presentation tu start 24hb tapi giliran dia 25hb pagi,
sementara dia buat presentation kat Jimbocho, kitaorang lepak kat hotel je.
Petang nanti baru nak keluar cari makanan. Asalnya g Roponggi ni pasal nak cuba
makanan kat Restoran Iran tapi bila sampai je diaorang dah tutup sebab diaorang
buka dari pukul 11.00 hingga 2.30 ptg kemudian pukul 5.00 lak buka balik.
Mula-mula tengok harga tu terkejut juga 5000yen sorang! Bila tanya harga tu
termasuk tarian gelek, patut pun. Kalau makan je around 2000-3000yen
sorang…mahal gak. Last-last g Restoran India mintak roti naan dengan kari sayur
dan udang je. Roti naan dia punya la besau tapi pinggan nye kecik je, kenyang
la kalau makan sebijik. Sebelum tu g round-round kat Roponggi Hill, agak besar
tempat ni bersekali dengan TV Asahi kat sini. Kebetulan pulak hari tu ramai
pulak orang yang nak buat sambutan Hallowen. Dah malam dah baru sampai kat
Suitengumae, hotel tempat kitaorang menginap.
Hari Sukan Sekolah Abang Long..
19 Oktober 2008:
Penat kelmarin tak habis lagi, hari ni ada program lak..program untuk sekolah Muzzammil, aktif sungguh sekolah-sekolah kat Jepun ni. Minggu lepas persembahan kat Saitama tapi minggu ni kat sini je, kat padang. Pergi dengan pak Arab, katanya dia kenal tempat tu. Buku aturcara tu tulis うんどうかい kata intan maksudnya Hari Sukan. Mula-mula sampai kat situ Muzzammil siap cakap “kawan ramai..kowai, kowai” bila ibu hantar je kat sensei tak nak pergi lak, berlaku adegan tarik-menarik baju ibu, last-last sensei ambik je Abang long..apalagi..menangis laa….orang jepun yang duk dekat situ senyum je..apa laaa… buat malu company je… Persembahan pertama tu tak senyum langsung, muka masam je..lepas tu intai-intai cari ibu dan ayah. Ibu terpaksa ambik gambar sembunyi-sembunyi kat belakang orang takut Abang Long nampak takut lagi kuat dia menangis. Persembahan kedua tu mood dia dah stabil dah, bila dia tengok ayah, ibu lambai kat dia baru senyum, lompat-lompat lagi sambil panggil ibu, ayah, adik! adik! Persembahan ketiga ayah terlibat sekali…main campak-campak bola. Suka ah..ayah ada sekali Last sekali persembahan lagu yang dia duk nyanyi selalu kat rumah..rasa-rasanye dia sebut “dongmai, dongmai”, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, lagu tu diambik dari nyanyian 3 artis jepun..”don’t mind, don’t mind”. Last sekali seperti biasa diaorang bagi omiyage untuk Abang Long…
Sambutan Hari Raya 2008/ Parti Sate..
18 Oktober 2008:
Sambutan Hari Raya tahun ni berbeza sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Sambutan diadakan sebelah malam kat Kaikan dan kat dalam dewan tu ada diaorang buat decoration sikit.. cantik laa. Tahun ni juga tak banyak makanan sampingan seperti tahun-tahun lepas, mungkin masing-masing memang tengah sibuk. Tapi makanan yang disediakan pun masih berbaki, mencukupi untuk semua orang. Sambutan kali ni juga mungkin parti sate terakhir kami di Kiryu, tahun depan mungkin tak sempat dah. Insya-Allah dah ada kat Malaysia. Kami balik awal walaupun majlis belum tamat lagi pasal Habibah dah tidur, lagi pun jam dah pukul 8.00 malam, waktu standard kami sekeluarga untuk zzzzzz………
Gakuensai..Gunma University Campus Festival 2008
18 Oktober 2008:
Tahun lepas masa g gakuensai tengah sarat
mengandung, tahun ni Nur Habibah dah ada dah..dah 11 bulan. Tahun ni Murtabak
Ad-din tak de, kitaorang g beli murtabak dengan banana choco Aya dengan Meli lak.
Datang kat sini je saje je sebab Aya duk promosi sungguh-sungguh B-five
dia.Mula-mula masuk Gundai tu dah jumpa dah..cakap kat Abang Long G-Five tapi
dia buat muka confuse lak..betul ke G-Five apasal tubuh kurus sangat ni, kostum
lak lain sikit. Bila sampai kat gerai Aya, barulah Aya cakap tu B-Five atau pun
Banana Five tapi ala-ala G-Five laa…ooo macam tu ka? Ha.ha.ha., lepas tu g kat
tempat intan dengan awie bertugas lak. Intan dengan sabarnye menerangkan kat
budak-budak jepun yang datang kat situ macamana cawan tu bergerak ke arah kita
bila kita tiup, awie lak tengah duk prepare dengan sensei dia ….belum siap lagi
kot Balik je dari situ ayah g solat jap kat shoda, hajatnye lepas tu nak g
tempat ani lak tapi dah lewat dah pasal ayah nak tolong baker sate lak lepas
tu.
Sepanjang Perjalanan Balik..
13 Oktober 2008:
13 Oktober 2008:
Tsujido Kaihinkoen
13 Oktober 2008:
Tepat pukul 6.00 pagi kitaorang bertolak, ayah kata
nak g Higashi Kanazawa. Tapi tak tau sampai ke tak tempat tu. Nak tengok pantai
sebab tak pernah tengok pantai kat jepun ni. Orang kata pasirnya tak cantik,
panas, tak de pokok tak macam Malaysia. Tapi nak tengok gak macam mana rupanye.
Lebih kurang pukul 9.30 pagi kitaorang sampai kat koen tu. Parking kat sini
kena bayar, parking kat koen kat Kiryu tak yah bayar..bila keluar Kiryu je
semua jadi harga. Kat koen ni luas, ada swimming pool, padang bola, padang
untuk santai2 sambil baring2. Mula-mula tu makan dulu bekal yang kitaorang bawa
lepas solat jamak terus, best sikit nak jalan2 lepas ni. Abang Long pulak sibuk
nak naik hikoki, ayah bawa jugak aa..walaupun terpaksa beratur panjang. Adik
pulak letih sangat kot sampai tertidur kat bahu ibu. Lepas tu baru kitaorang g
pantai kat sebelah koen t
Warga Gunma Baru...Balqis. Anak Bud & Ayu
12 Oktober 2008:
Persembahan Abang Long..Kiryu Kita Hoikuen
11 Oktober 2008:
Pada mulanya memang tak nak pergi Saitama ni pasal Abang
Long dah seminggu tak g sekolah. Mula-mula tu nampak macam kesan calar2 kat
muka, lepas tu jadi melarat lak. Bila tanya, dia kata gaduh dengan kawan
dia..tarik2 rambut. Entah ye entah tidak, nak tanya sensei dia tak pandai
bahasa jepun lak..eemmm..tak pe la. Lepas tu batuk pulak sekali dengan asma.
Mulanye tak nak g klinik tapi dah terpaksa kesian tengok dia tak boleh
bernafas. Minggu lepas pun asma jugak, kena pulak hari Ahad, klinik tutup
terpaksa g hospital bahagian emergency walaupun tak tau nak cakap bahasa jepun,
belasah je. Persembahan kali ni anak Dr.Ali terlibat juga, Muhammad main drum.
Disebabkan Dr.Ali tak de lesen jepun lagi so kitaorang rancang g saje2 je la
hantar anak Dr.Ali buat persembahan. Tapi bila ayah g sekolah bagitau Abang Long
asma, lepas tu sensei dah nak datang rumah dah pasal nak bagi tiket untuk ke
Saitama, dia suruh Muzzammil datang juga walaupun without practice for 1
week..tak pe la Abang Long g je la. Tapi ok gak aaa…walau pun tak practice
Abang Long boleh ikut rentaknye. Tapi gambar tak leh ambik dekat pasal jarak
ibu dengan ayah jauh sangat dengan Abang Long. Masa persembahan sibuk cari ibu
dengan ayah, sebab mula-mula tu ibu, ayah duk kat kerusi kuning lepas tu
diaorang suruh tukar kerusi lak..duk kat kerusi merah lak..tu yang dia tak
jumpa cari tu..tapi kalau nampak ibu rasa Abang Long mesti nak nangis…sebab
sebelum tu Abang Long dah cakap kowai2…anyway Abang Long dah buat persembahan
tu sampai habis..balik siap pimpin tangan dengan budak perempuan pulak tu….ikut
sapa Abang Long?..ish..ish..ish..Anak Sulung ku!
Buah Mata Kucing Kering
6 Oktober 2008:
Dapat dari member Phd Vietnam
Karuizawa Shopping Plaza
5 Oktober 2008:
makan dulu sebelum g jalan-jalan. Jalan-jalan Karuizawa
Lukisan Pertama Abang Long
3 Oktober 2008:
Makan-Makan di Rumah Ani, Ayu & Bud
1 Oktober 2008:
Sekitar Majlis Raya di Kaikan
1 Oktober 2008:
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008
1 Oktober 2008:
Video Clip..Abang Long & Habibah Suka...
30 September 2008:
Menu Ramadhan ke 30...
30 September 2008:
Nak panggil apa makanan ni? Tapi yang teruja nak
buat tu sebab masa balik dari momo gari dan himawari hari tu, singgah kat satu
kedai kat Maebashi..sedappp… Bahan utamanya tsuyu dengan dashi….boleh la…sebab
teringin sangat nak makan. Cuma masakan ni tak de la nak buat bahan-bahan
sampingannye ….
Menu Ramadhan ke 26...Yong Tau Fu Versi Jepun
26 September 2008:
2 Tahun
26 September 2008:
Dah 2 tahun rupanya duk kat Jepun ni. Ingat lagi
masa kat Malaysia, kawan tanya tak takut ke g Jepun? gempa bunyi banyak....masa
tu ku mampu tersenyum dan kukatakan bukan gempa bunyi yang aku risau..yang aku
risau pasal bahasanya! Dah rezeki kat Jepun..mohon PhD kat Terengganu tapi
dapat kat Jepun. Hari pertama menjejakkan kaki di Narita, masa tu jatuh puasa
hari ke-3. Persoalan pertamanya macamana nak call orang kat Kiryu? mcmana nak
guna public phone? bas kat mana lak? Aku yang risau..suami aku cool je...dia
buat mana yang boleh...tugas ku pastikan Muzzammil tak meragam sangat supaya
suamiku tenang buat segala-galanya. Suamiku cakap bas pukul 3.15
petang..wah..lambat lagi..kami sampai 7.00 pagi. Mau kemana nya? Akhirnya duk
pusing-pusing situ jugak...agak sukar dengan beg, anak lagi...betul la
penantian itu satu penyeksaan... Kami buka puasa dalam bas aje, makan pisang
dan minum air kotak. Terisi jugak aa..perut ni. Nasib baik Muzzammil tak banyak
meragam. Sampai je kat Kiryu dah gelap, masa tu baru je 6.30petang..dah masuk
maghrib lama dah. Yang sambut kitaorang masa tu Arai, Kityniwa, Aji, Ain dan
tuntung kalau tak silap la sebab masa tu tak kenal lagi diaorang ni....happy
sangat nampak muka orang melayu....rupa-rupanya kat Kiryu ni ramai Melayu, kami
ingat kami berdua je... Tak sangka pula diaorang ni masak banyak lauk sambut
kitaorang, tapi kitaorang makan sikit je pasal dah kenyang sangat makan pisang
kat atas bas tadi, kalau kitaorang tahu mesti kitaorang makan sikit je masa
atas bas tadi. Terima kasih semua untuk segalanya. Sekarang dah masuk 2 tahun
dari bertiga dah berempat, harap-harap bila balik nanti berlima..ha..ha..ha..
ada hati nak anak lagi.... Suami pun macam dah lega sikit, pasal paper pun ada
dah publish, ada dalam proses untuk publish lagi tapi dah prove dah...
harap-harap semuanya berjalan lancar...ku nak balik Malaysia...Tanahairku!
Menu Ramadhan ke 25...
25 September 2008:
Lauk kegemaranku..singgang. Kalau sebut je orang
Terengganu mesti suka lauk ni walau pun ada org trg yang tak suka makan tapi
jarang-jarang. Lauk yang simple tapi best bagiku, tambah lagi ada budu.
Wahhh...sejak duk Nihon ni dah lama ku tak sentuh budu...rindunye...tapi duk
Melaka dulu pun jarang-jarang makan budu pasal ku kahwin dgn org trg yang duk
luar...tak makan budu, kalau nak makan budu pun balik rumah mak sendiri atau
rumah mak mertua baru leh makan saing, baru best. Singgang pulak kalau tak de
asam gelugur ku tak buat. Pernah juga tanya org apa beza asam keping dgn asam
gelugur diaorang cakap sama je..tapi bila ku test-test dalam masakan singgang,
asam gelugur lagi kick..sebut pasal masakan, org trg memang suka guna asam
gelugur daripada asam keping sama dengan ni`sang, org trg lebih suka guna
ni`sang daripada gula melaka...wallahhualam...
Gunma Insect World
20 September 2008:
Bunga Permulaan Musim Luruh Dah Keluar...
20 September 2008:
Menu Ramadhan ke 17...
17 September 2008:
Hari ni masak udang tempura dengan miso soup pasal
masa g Aeon kebetulan jumpa udang yang murah. Petang lak, Brother Uddin lak
hantar lauk..bangladesh style..murah betui rezeki...Alhamdullillah
Satu Lagi Koleksi Ultraman
16 September 2008:
Rutin Harian Nur Habibah
14 September 2008:
Tok Aji Serban
14 September 2008:
Bandar Kiryu Dari Puncak Bukit
13 September 2008:
Ronda-ronda di pagi hari, jam baru 5.00 pagi suami
ajak g ronda-ronda cuci mata. Kebetulan masa tu anak-anak dah bangun. Tapi
pemandangan hari tu agak berkabus, tak tau sebab pagi sangat ke atau memang ia
jenis berkabus tapi matahari dah keluar dah...
Menu Ramadhan ke 9...
9 September 2008:
Dah lama kuperap resipi ni, hari ni baru jadi buat.
Ayam Panggang Lada Hitam, resipi yang paling mudah. Kuperap-perap,
kupanggang….siap. Sesuai dimakan dengan sos lada hitam. Hari ni sangat letih,
bukan letih masak tapi letih sebab kedua-dua anakku tak mau
tidur...AKTIF...kalau sorang tidur, sorang tak tidur tak jadi..dia timing kena
betul..dua-dua kena tidur baru kuboleh tidur..tapiii...dua-dua tak nak
tidur.. teringin kutidur dengan lenaaaa.....
Menu Ramadhan ke 7...
7 September 2008:
Disebabkan hari sabtu Dr.Ali buat makan kat kaikan,
jadi hari sabtu tu tak de la kerja, duk rehat je sambil melayari fotopages
orang lain. Tiba-tiba ternampak lak ada orang buat rojak, ada pulak orang yang
teringin nak makannye. Bukannye apa nak buat rojaknye, kena la beli kacang
tanah, sedangkan dah berbulan ku cari kacang tanah yang dah siap dipanggang kat
Fressay tapi dah lama tak de, yang adanya cuma kacang yang siap dicampur garam
dan butter, kalu buat pun tak jadi..(mengikut sejarah terdahulu laa..) Lastly
jumpa jugak kat Kojima tapi yang mentah..uwaaa….kerja dapur yang paling malas
kubuat! Mungkin bagi orang lain senang tapi bagiku wah mencabar sungguh tahap
kerajinanku. Dari menggoreng1-2jam, buang kulit, menampi dan mengisar. Lepas tu
baru lah bermula projek ku buat rojak. Nampak simple tapi dari pagi sampai ke
petang duk kat dapur. Sejam lagi nak bukak puasa baru siap…tapi berbaloi sebab
orang tu makan banyak. Terima kasih jugak sebab tolong kat dapur. Dua-dua sibuk
hari tu dah la si Muzzammil demam, agaknya terkejut pasal terkepit tangan kat
pintu kaikan…kesian anak ibu.. dah la asma. Ni la hasilnye..kat Terengganu
dipanggil Rojak K*****. Tak tau kut namanya sensitif, tapi kat Terengganu biasa
je, memang itu namanya. Atau pun senang cerita panggil Rojak Ayam je laaa.
Menu Ramadhan ke 5...
5 September 2008:
Ada orang teringin sangat nak makan ketupat
sotong...ingatkan nak buat sambal sotong je, tapi dah ada request layan aje
la...sotong kat sini puas hati kalau buat ketupatnye
besar-besar..kenyanggg..sekor sorang pun dah cukup...
Maebashi Koen
31 Ogos 2008:
Jalan-jalan sehari sebelum puasa...sebab bila dah
puasa dah tak banyak aktiviti jalan-jalan ni...aktiviti bertapa kat rumah
lak.... Keluar rumah lepas zohor, ingatkan nak round-round kat Maebashi, tapi
tak tau pulak mana tempat menariknya jadi kitaorang singgah dulu kat Shopping
Complex, ingatkan nak beli la makanan segera yang ada jual kat
pasaraya...semuanya ada pork/gelatin pork..kat sayur pun..adui
geramnye..hu..hu..hu... pusing punya pusing ada la..2 jenis onigiri yang boleh
makan..boleh la..alas perut. Muzzammil pulak punya la lapar sampai onigiri ibu
pun dia makan, terpaksa la ayah g beli lagi...lapar2. Lepas tu baru la kitaorang
g taman..saja santai2...sebelum isyak kitaorang dah sampai rumah..nak tunggu
pengumuman puasa lak..
BBQ Antarabangsa
30 Ogos 2008:
Gunma Kodomo Kuni Park
27 Ogos 2008:
Nasi Dagang Lagi
24 Ogos 2008:
Nasi Dagang terakhir kut pasal rempah buat nasi
dagang dah habis….kebetulan masa g Fressay ada ikan aye slice yang murah tapi
ada 1 je, so gulai tu campur la ikan buri, aji, salmon..pendek kata pelbagai
kaumlah. Dulu masa kat Trg tak pernah la nak buat..bukannya apa, mak ada..mak
tukang buat, kita tukang makan je la..bila duk jauh ni..kena la buat
sendiri.
ULTRAMAN Festival 2008
20 Ogos 2008:
Baru tahun ni jadi g Ultraman Festival..tahun lepas
dah nak pergi tapi tak jadi. Sebenarnya ‘gamble’ je pergi sebab masa tengok
pamplet tu semua tulis bahasa jepun lepas tu tak tau pulak nak beli tiket kat
mana…last2 tawakal je la pergi sana, nasib baik ada lagi tiket. Ingatkan
ultraman Festival ni dia buat kat tempat terbuka rupa-rupanya diaorang sewa
bangunan so tak la panas sangat. Masa show tu mula-mula masuk sekali, tak
sampai 5 minit dah keluar dah pasal bunyi dia kuat sangat takut tak sesuai
untuk Nur Habibah..emm..Abang Long dgn ayah je tengok. Katanya persembahan tu
ok pasal ultraman yang keluar ultraman yang akan keluar movie bulan 9 ni. Lepas
tu ada adegan hilang pulak..Ibu, Ayah nak pegang tangan tak nak bagi, orang dah
besar, buat macam kampung sendiri last2 hilang..cari punya cari..ayah nampak
ada 2 orang budak tengah nangis kat tempat staff Ultraman Festival…1 melayu, 1
jepun.haaaaa…..baru tahu.. Ultraman dah tengok dah, bergambar pun dah dengan
maskot2 ultraman…makan je belum..sebab dah penat sangat, kami duk kat Prince
Hotel kat situ..esok baru nak balik Kiryu.
Marumatsu...lapor
18 Ogos 2008:
Baru je balik dari Takasaki…lapar sangat2. G
Takasaki ambik visa diaorang bagi sampai Jun 2010, wah..wah..wah…kalau macam ni
lagi lama boleh duk Jepun!
Momo Gari & Himawari
14 Ogos 2008:
Hanabi Kat Maebashi..nie Jer Yang Dpata (Kamera Slow)
9 Ogos 2008:Bunga Api..apa yang menariknye? tapi bila tanya orang semua kata cantik dan patut tengok…alang-alang dah duk Jepun ni. Bukannya apa duk fikir orang ramai, Nur Habibah kecik lagi takut laa..kuat sangat bunyinya! Hari tu masa jumpa kawan dia kata ada hanabi kat Ashikaga malam ni katanya…so rancangnya nak pergi la..tapi disebabkan ‘mind’ tak ready so tak jadi , orang lain lak yang jadi pergi..ha..ha..ha…amacam Bud, Ayu? Bila hanabi kat Maebashi baru kitaorang pergi..emm..tapi gambar lak tak leh ambik..maklumlah kamera kecik..ambik movie je..masa hanabi tu nasib baik Nur Habibah tak nangis..siap tidur lagi… Apa pun hanabi kat Jepun memang cantikk…tak nyesal g.
TAKASAKI...Sambung Visa
6 Ogos 2008:
Sempena birthday…suami ajak g sambung visa kat
Takasaki..ha..ha..ha…tapi ada gak hadiah satu..tq Abang.
Onaji
4 Ogos 2008:
Santai
3 Ogos 2008:
Hari ni g Isesaki sebab teringin nak makan beriani
tapi kami bertolak awal pagi lagi pasal saje nak bagi Muzzammil main dulu kat
Kezoji Park. Masa sampai kat sana tak ramai orang so boleh la si Muzzammil
main-main, tak yah la nak berebut sebab masa datang hanami hari tu ramai sangat
orang. Lepas main tu sempat la g supermall cuci-cuci mata lepas tu g solat dulu
baru g makan
Pesta..Matsuri
1 Ogos 2008:
Pesta musim panas. Dah nak masuk 2 tahun duduk
Nihon, ni kali pertama g Matsuri. Bukannye apa pertamanya panas, keduanya
makanan bukan boleh makan ketiganya memang tak minat tempat yang ramai orang,
lagi ramai orang lagi tak pergi…sebab tu masa kat Malaysia dulu kalau g pasar
malam mesti g awal-awal sebab bila masa dekat maghrib tu makin ramai orangnya….
COMODIA 2008, Universiti Hokkaido
31 Julai 2008:
Presentation kali ke-2…COMODIA 2008 di Hokkaido,
pergi 4 hari dari 28/7/08 hingga 31/7/08. Bertolak dari Kiryu bersama-sama student
master dan PhD, naik train lebih kurang 3 jam lepas tu naik flight selama sejam
je. Alhamdullillah selamat sampai di Hokkaido.
Terperangkap
25 Julai 2008:
21 Julai 2008:
Roti..Gula Berkismis..(Nama Ku Letak Sendiri)
17 Julai 2008:
Roti....ni eksperimen yang kali ke berapa ntah…asalnya nak buat roti yang agak manis tapi letak gulanya sikit..rasanya just nice je….mula-mula tu malas jugak nak buat tapi memandangkan pinggan Cik Intan dan Cik Ani belum dipulangkan lagi…rasa-rasanya ada baiknye ku buat juga roti hari ini.
My First Chocolate Roll Cake
14 Julai 2008:
Dah lama teringin buat kek ala-ala swiss roll, duk pasang angan-angan je baru hari ni jadi buat. Tu pun pasal cream cheese yang dibeli ada bakinya lagi so buatlah resipi ni. Elok-elok je dengan baki cream cheese tu. Mula-mula musykil jugak pasal apa resipi ni tepung dia sikit sangat tapi alhamdullillah kek ni ok je.
Kembar Lagi
10 Julai 2008:
Jumpa telur kembar lagi. Telur ni nak buat puding karamel pasal ada keluarga Brother Uddin nak datang rumah, memandangkan anaknya Rajin suka makanan manis tu yang nak buat puding karamel tu. Tapi tak sangka pula jumpa telur kembar. Hari tu masa nak buat kek gula hangus jumpa telur kembar tapi tak bercantum, hari ni jumpa yang bercantum lak...
Keropok Lekor Lagi
30 Jun 2008:
Ni keropok lekor kali ke-3 buat, disebabkan ada yang nak resepi ni, kak yati letak kat bawah ni. Resepi ni dari internet, ni resepi asasnya, kak yati main campak-campak je tepung tu..sebab kadang-kadang ikan sikit, kadang-kadang tu ikan banyak….kalau nak buat ikut la citarasa masing-masing!
2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
100 gm tepung " warabi mochi ko" 30 gm tepung "katakuri ko"
1 1/2 sudu kecil garam
Main-Main..Kezoji Park
22 Jun 2008:
Pagi-pagi lagi dah hujan, rancangannya nak ajak Dr.Ali dan Bud ke Isesaki, saje je nak entertain Pak Arab ni pasal dia selalu sebut nak ke Isesaki, boleh la bawa makan kat sana sambil bawa anak-anaknya main kat Kezoji Park. Bila hujan dah renyai-renyai, kami pun bertolak ke sana. Tak ramai orang semasa kami sampai di sini, mungkin pasal cuacanya yang agak mendung so ramai yang berkurung kat rumah lagi. Happy tengok diaorang ni main…..dah penat main, kami solat zohor jap kat Masjid Isesaki lepas tu menjamu selera kat Restoran Madina…buffet…seorang seribu yen je…kenyang bangat!
Abang Long
19 Jun 2008:
Hari pertama Abang Long main air kat kolam, sensei bagi Ibu & ayah tengok. Bangun pagi-pagi punya laa…semangat, siapkan Nur Habibah awal2. Lepas tu bila dah separuh jalan nak sampai sekolah dia buat hal nak suruh ayah dukung dia. Biasa jalan kaki ok je..hari ni dia buat hal, tengok adik kena dukung dia nak dukung juga. Bila ayah tak nak layan mulalah menangis. Ingatkan berenti nangis rupa-rupanya dia jadi sentimental lak..menangis..menangis..menangis…agaknya sayu, biasa ibu dan adik tak pernah hantar dia sampai sekolah, hari hantar dia sampai sekolah. Bila dah tak boleh buat apa dah.. ibu, ayah ,adik terpaksa balik, tinggalkan abang long dengan sensei je.. Lebih kurang pukul 10 pagi ayah g tengok sekali lagi,..nampak je ayah terus sambung nangis lagi..last-last ayah pun balik..biar abang long dengan sensei je..kalau tak makin melarat lagi nangis …
Nur Habibah...6 Bulan 23 Hari
11 Jun 2008:
Nur Habibah sekarang langsung tak leh tinggal atas
bounce sorang-sorang. Kalau tak meniarap atas bounce dia turun sendiri dari
bounce tu, kalau kita pakaikan seat belt dia duduk sendiri atas bounce tu,
sanggup dia tahan dengan siku dia untuk bangun & duduk…orang dah
besarr….macam tu la. Bila time masak je terpaksa la letak dia kat dapur sekali
takut tinggalkan dia sorang, dah makin aktif sekarang. Kadang-kadang tu dia
diam je tengok ibu memasak, kadang-kadang tertidur sendiri..dah puas menangis
ibu tak layan jugak..terpaksa tidur sendiri. Bila time menangis tu bagi senduk
ke, sudu ke, whisk ke Tupperware ke semua tak jalannn…terpaksa la ibu stop
masak kejap..layan dia dulu.
Sebelum Ke Sekolah...
9 Jun 2008:
sekarang dah masuk musim panas...subuh pun
awal..2.30 pagi dah subuh...rasa panjang je masa. Lepas subuh tak tau nak buat
apa, tu yang up-date ni, saje mengisi masa lapang..masa lapang
ke?..he..he.he..sebenarnya ada kerja tapi hari ni cam malasnya nak buat lagi,
anak-anak tidur lagi..lambat lagi nak tunggu pukul 6.00.. Abang Long sekarang
pun ada hari ok je g sekolah, kalau hari yang dia malas nak g sekolah..cuti katanya.
puas la memujuknye..puas pujuk cara lembut, guna cara keras..macam-macam
permintaan sebelum g sekolah. Masa breakfast orang tengah duk makan dia tak
makan, time nak g sekolah tu la nak makan,minum..semua kerja dia nak buat!
kalau time dia buat hal tu gerammmmnya...tapi bila dia nak g sekolah dia cium
tangan, peluk ibu sayu pulak rasanya hati ini, lepas dia cium adik
dia...moga-moga Abang Long jadi anak soleh ye sayang!..marah-marah ibu pun ibu
sayangggg.... kat sekolah bila time ayah ambik, ayah kata kadang-kadang Abang
Long main sorang-sorang je ..tak de geng...ye la pasal dia tak leh cakap
jepun..kawan-kawan dia lak tak leh cakap melayu (memang la sebab orang
jepun..he..he..he..)..kesian Abang Long , agaknya pasal tu bila balik rumah dia
aktif semacam je, lepas perasaan..bila time-time gini la nak balik Malaysia
cepat-cepat supaya nanti Abang Long ada ramai kawan-kawan!
Keletihan
6 Jun 2008:
bila dekat maghrib je masing-masing layu je mata,
adik letih pasal bermain sepanjang hari, Abang Long pulak letih buat biskut kat
sekolah..
Nur Habibah...6 Bulan 18 Hari
5 Jun 2008:
Ni gaya orang yang tak nak duduk dalam
'bounce'....sambil tengok cerita
kegemarannya..."Inai-Inai...Baa"....kadang-kadang dia tertidur
sendiri...best sangat tengok cerita tu kot.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 4
3 Jun 2008:
To Be With You...
Seasons will change that much is true
but some things
will never change…
like the way I feel about you,
I live to be with you…
to hold your hands
to see your smile
You’re all that
makes life worthwhile
My heart shall ever
be true to you
and our love
Sano Premium Outlets
1 Jun 2008:
Hari minggu ni, kitaorang g Sano. Saje je nak
tengok barang-barang yang jual kat situ. Kebetulan masa pergi tu ada sale untuk
early summer...orang yang datang hari tu tak yah cerita la
ramaiiii.......simpang nak masuk Sano pun dah kena beratur panjang...nak cari
parking lagi...waa....panjangnyeee....last-last parking kat
bumbung..panas..tapi nasib baik ada lif,senang la nak bawak stroller Nur
Habibah.
Hasil Kerja Abang Long
30 Mei 2008:
Abang Long & Adik
30 Mei 2008:
Jalan-Jalan Di Petang Hari
25 Mei 2008: Ingatkan nak jalan kat sungai belakang rumah je..jalan punya jalan dah sampai kat Kedai 7 Eleven dekat Cainz Home. Berjalan dah jauh..tekak pun dahaga..apa lagi bershopping la kat 7-11, lepas tu berkelah kat luar tu menjamu selera. Nak balik pulak terasa kejauhannya..terfikir gak nak suruh Cik Intan ambilkan..tapi sendiri cari pasal he..he..he…kena la berjalan juga. Lagi pun rasa-rasanya Cik Intan memang tak de kat rumah. Abang Long pulak dah naik belakang ayah suruh ayah gendong..lenguh katanya.
Sunday, 18-May-2008 05:30
Ros..bara
Sunday, 18-May-2008 05:29
Rose Garden
Hari ni kami ke Rose Garden kat Maebashi, walau pun
penat balik dari Tokyo belum hilang lagi. Semasa kami sampai di sana ramai
orang dahhh.. yang menunggu untuk masuk ke Taman tu, agaknya pasal tahun lepas
diaorang tutup taman tu untuk ‘renovation’ so tahun ni diaorang pakat datang
ramai-ramai. Dari luar dah terbau keharuman bunga ros ni…banyak spesies ros
yang ditanam di sini dengan banyak warna pulak tu…cantik.. Bila dah tengahari,
sempat la kami menjamu selera dulu sebelum balik.
Thursday, 15-May-2008 22:27
Hari 4:Tokyo…Berjalan-jalan di Nishin Koyama &
Musashi Koyama
Setelah keluar 3 hari berturut-turut tanpa mempedulikan
rasa penat, akhirnya hari ini kami buat keputusan nak ronda-ronda kawasan
sekitar rumah yang kami menginap. Pasar basah & kering, Pasar tu panjang
sangat, sampai Abang Long cakap “Lenguh Ibu”..kesian anak ibu kena berjalan…tak
pe Abang Long belajar susah..nanti baru Abang Long hargai erti kesenangan.
Wednesday, 14-May-2008 23:24
Sekitar
Disney
Wednesday, 14-May-2008 23:24
Hari 3: Tokyo Disneyland
Wah..akhirnya sampai jugak dekat Disneyland.
Walaupun pagi tu hujan renyai-renyai, kami tetap pergi juga memandangkan tiket
dah beli dulu sehari awal. Tapi nasib baik hujan sekejap je, lepas tu cuaca
elok..just nice untuk berjalan-jalan. Banyak tempat permainan kat sini..yang
bestnya semuanya free, pilih je mana yang suka. Tahun ni Disney sambut ulang
tahun ke 25 diaorang…meriah!...yang penting puas hati datang sini walau pun
penat tapi berbaloi. Yang kelakarnya tempat kami lepak untuk solat tu adalah
laluan maskot-maskot Disney….so ramai yang datang kat Muzzammil ..semua tunjuk
jambul Muzzammil sama dengan diaorang, jadi tak yah berebut nak ambil gambar…
Tuesday, 13-May-2008 20:11
Hari 1 & 2-Tokyo....Kedutaan Besar Malaysia,
Tokyo Tower
Hari 1:Tokyo…Kedutaan Malaysia & Higashi
Koganei
Hari ni kami bertolak ke Tokyo lebih kurang jam 4.00
pagi, sesudahnya solat subuh bagi mengelakkan traffic jam. Kami sampai di sana
lebih kurang pukul 7.30 pagi di Tokyo, memandang hari masih awal pagi lagi so
kami mencari tempat parking untuk breakfast. Pagi-Di Kedutaan Besar Malaysia,
urusan pendaftaran Nur Habibah bersekali dengan passport dibuat. Alhamdullillah
semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah. Keesokkan harinya kami perlu datang
lagi ke sini untuk mengambil surat beranak dan pasport Nur Habibah. Petang-Kami
ke Higashi Koganei, rumah kawan yang baru datang nihon, Azman dan Fad. Kami
duduk sembang sekejap dan selepas maghrib kami bertolak pulang ke Nishin
Koyama. Malam-Sampainya kami di sana, kami disambut oleh Hadi dan juga Zaki,
orang yang menguruskan Rumah Malaysia. Lepas tu kami.Zzzzzzzz……letih
sangat-sangat.
Hari 2:Tokyo…Tokyo Tower, Kedutaan Malaysia &
Jom Makan!
Pagi-Tokyo Tower destinasi pertama kami.
Menghabiskan masa di sini sebelum ke Embassy sebab urusan pengambilan antara
2.00 – 4.00 petang. Tengahari/Petang-Kami ke Embassy sekali lagi bagi mengambil
dokumen yang dah siap. Petang/Malam-Ke Restoran Malaysia sempena promosi Jom
Makan..gambar tak sempat nak ambil pasal lapar sangat..kami makan
dulu..he..he..he..
Saturday, 10-May-2008 15:06
Barbeku-Tasik Akagi
Setelah beberapa kali tertangguh akhirnya tanggal
10/5/2008 dipilih untuk dibuat barbeku kali ini, projek beramai-ramai bagi
gundaian. Bila sampai kat Tasik Akagi suhu yang dipaparkan 4 darjah celcius.
Barbeku kali ni tak banyak gambar diambil memandangkan cuaca di luar sangatlah
sejuk sehingga menggigil-gigil dibuatnya. Nasib baik Abang Long dan Adik bawa
baju untuk versi winter punya, tak lah diaorang sejuk sangat. Selebihnya
terpaksa menahan kesejukan. Tapi barbeku tetap diteruskan juga.
Tuesday, 6-May-2008 23:49
Perjalanan balik Rindou
Tuesday, 6-May-2008 23:48
Tulip lagi
Tuesday, 6-May-2008 23:47
Panah...jangan tak panah
Aktiviti yang dia paling suka bila pergi mana-mana
park..sama ada memanah atau pun catcher.
Tuesday, 6-May-2008 23:46
Rindou
Dah lama tak up-date fotopage ni, bukannye apa…
sibuk. Sibuk apa ntah tak tau...layan anak-anak, kemas rumah,
memasak..sedar tak sedar dah pun malam, lepas tu tidur. He..he..he..melalut
pulak
Kali ni kitaorang g Rindou dekat Tochigi. Kami
bertolak jam 5.30 pagi dan sampai kat sana hampir pukul 9.00 pagi. Sewaktu
sampai kat sana cuaca agak sejuk tambahan pulak angin bertiup agak kuat.
Kawasan taman ni memang besar dan gunung-gunung sekelilingnya masih dilitupi
dengan saki-baki salji lagi. Kebetulan masa kitaorang datang mereka tengah
menyambut ulangtahun ke-45 tempat ni.
Permainan yang mula-mula Muzzammil main
Merry-Go-Round…seronok dia main, lepas tu pergi tengok pertunjunkan Go On
ala-ala Power Ranger, ceritanya tengah duk tayang kat TV Jepun sekarang.
Pertunjukan hampir sejam, walau pun pertunjukan tu untuk kanak-kanak tapi
menghiburkan. Ramai jugak orang yang datang. Lepas tu kami ronda-ronda naik
keretapi kat dalam sana sebab dah penat nak jalan. Bila dah hampir asar baru
kitaorang balik.
Tuesday, 6-May-2008 11:08
Luangkan masa utk baiki Kereta
Cuti golden week tak banyak aktiviti...3 hari
pertama mendung dan hujan. Di tambah dengan bergesel ngan tembok SHODA
he...he...Oyasan SHODA dok tahu takper .
Kemik sikit dan calar banyak dan dalam. Emm..nak hantar kedai sure mahal...so
buat sendiri...pegi AUTOWAY cari peralatan yang sesuai...So First pengalaman
repair body kereta. First stage...cover body ngan PUTTY...kira boleh bangga
aa...kira cam buat kat kedai aaa sikit2...He..he...tapi time mengecat ngan
finishing...he...he...tak sama langsung ngan kedai...sebab warna
contrast....Jadi letak gambor first stage ler la..he..he
29-Apr-2008
Lab Party with Old Boys
Sunday, 27-Apr-2008 20:31
Taman Bunga..Ota
Sebenarnya hari tak plan nak g mana-mana pun.
Hajatnya nak duk rumah rileks-rileks sambil layan anak-anak. Pulak tu hari ni
tak yah masak...bestt…cik abang tolong masak. Tapi lepas je lunch..dia ajak g
satu taman..dia ada nampak poster tu dekat Pejabat Pos…menghala
ke Ota. Cari punya cari jumpa gak taman tu. Masa kami pergi tu mungkin tengah
festival kot pasal ada orang yang jaga parking. Taman tu memang kat atas bukit
dan tempat parking tu pun kat atas bukit, jauh sikit daripada taman tu. Dari
tempat parking tu kami naik bas yang disediakan menuju ke taman tu. Sampai je
kat sana, tak de kerja lain la..ambik gambar la…lepas tu g tengok pertandingan
tarian Hawaii jap sebelum kami balik. Bayaran masuk 500yen untuk 1 kereta.
Untuk Makcik Dah...kali ni ambik gambar dah nampak dah muka Nur Habibah....
Saturday, 26-Apr-2008 19:11
Warga Gunma baru.....Ahmad
Kunjungan ke rumah Brother Mohammad dan Enas. Nak
tengok baby baru….Ahmad namanya. Kami pergi dengan Addin dan meli, kebetulan
masa datang ada Mona dengan anak-anaknya sekali..Muhammad, Fatimah dan Yusuf.
Dalam duk sembang-sembang tu sampai pulak cik intan, aya dan cik su...makin riuh
rumah tu jadinya.Untuk Puan Rosa…boleh la kalau nak tengok anak Enas…
Sunday, 20-Apr-2008 17:51
Tulip...Gunma Flower Park
Hari Ahad minggu lepas sepatutnya nak pergi Gunma
Flower Park tapi Muzzammil pulak demam so tangguh dulu plan tu…Hari Ahad hari
ni baru jadi. Cuaca mendung saja..just nice untuk keluar jalan-jalan. Kami
berkumpul pukul 8.00 pagi di Student Height dan berkonvoi dengan 2 buah kereta.
Bayaran masuk ke sana 700 yen untuk dewasa, kanak-kanak free je. Datang sini
semata-mata nak tengok tulip je…. Kawasan nya agak besar, ada tempat permainan,
English Garden dan juga taman ‘indoor’. Kat sini ada banyak juga la spesies
tulip yang ditanam..kiranya puas hati la dapat tengok tulip dari dekat… Bila
semuanya dah penat, aktiviti hari ni diakhiri dengan acara makan-makan di bawah
pokok.
Saturday, 19-Apr-2008 17:18
Kronenberg...Doitsumura
Trip kali ni ke Doitsumura (perkampungan Jerman).
Masa kami baru sampai di pintu depan bangunan kami disambut dengan nyanyian
satu band jepun. Masa tu tak ramai lagi pengunjung memandangkan hari masih
pagi. Kami jalan lagi nak tengok apa yang menariknya kat sini…eemm…. yang
nampak ada bangunan tengah renovate, pertunjukan sekumpulan biri-biri dipantau
oleh seekor anjing…kedai pun banyak yang tak buka lagi..atau..dibuka lambat
sikit kot..sebab pagi lagi. Kawasannya memang luas dan di setiap tempat yang
kami pergi dihiburkan dengan nyanyian dari Negara Jerman yang disalurkan di
setiap speaker di sini. Bila dah puas bergambar….kami pun balik menuju ke Isesaki…Nasi
Beriani memanggil!
Saturday, 12-Apr-2008 16:00
Tulip.....Azuma Park
Hari ni cuaca cerah….seawal 6.00 pagi kami dah
keluar rumah…g Azuma Park, punyalah semangat nak tengok tulip….tapi disebabkan
terlalu awal tempat yang tanam tulip dekat Azuma Park tak laaaa dibuka
lagi…kui..kui…kui…. Sebenarnya bukannya apa pasal subuh dah pukul 3.40
lebih…lepas je subuh tak tau nak buat apa…mandi dah…breakfast dah….so kitaorang
nak keluarlah jalan-jalan. Kami pergi juga ke Azuma Park sekali lagi pasal memang
nak sangat-sangat tengok tulip tapi tulip tu dah kembang, masa kami datang awal
pagi tadi masih lagi kuncup…apa pun tulip still cantikkkk..
Sunday, 6-Apr-2008 22:50
AYAH & ANAK
dalam banyak-banyak gambar ni yang paling suka
tengok...kenapa ntah.....
Sunday, 6-Apr-2008 22:21
Sakura di Kezoji Park
Majlis sambutan kohai kali ni diadakan di Kezoji
Park, Isesaki. Biasanya majlis ni dibuat dekat Shikishima Park,Maebashi tapi
kali ni berubah angin sikit. Tempat tu memang ada sakura dan tempat permainan
untuk kanak-kanak dan orang dewasa, kiranya lepas majlis tu boleh la g
main-main kalau boring…bagi yang tak nak main boleh jalan-jalan kawasan sekitar
tu tengok pemandangan sakura yang cantik.
Saturday, 5-Apr-2008 20:24
SAKURA sekitar KIRYU
Pagi yang begitu cerah…. Kami ambil kesempatan
untuk jalan-jalan tepi sungai kiryu yang ada sakura. Lepas tu kami g Gundai
pulak ambik gambar kat sana. Kata orang sakura yang pink tu yang hampir pupus,
kiranya ramai juga orang yang datang ke Gundai ni untuk ambil gambar kat sini.
Tahun lepas kawasan sakura pink ni tak de pagar so boleh la pergi dekat kolam
tu sambil tengok ikan-ikan kat situ..tapi tahun ni dah dibuat pagar so agak
terbatas la sikit…apa pun masa kami datang tak de orang lagi, boleh la bergambar
sakan…he..he..he…
Wednesday, 26-Mar-2008 20:15
Buat Dr Tuntung dan isteri...Terima kasih banyak2
atas budi baik
Daiso, Shimamura di Kiryu
23 Mac 2008:Antara tempat yang selalu sangat kitaorang pergi di Kiryu terutama sekali DAISO.
Bersiar-siar Bersama AJI dan ADDIN
23 Mac 2008:
Hari nie saja2 pergi jalan kat belakang Shoda dan
sekitar Azuma Park ngan AJI dan ADDIN. Sebenarnya nak jalan2 dengan mereka2
yang akan balik Malaysia. He..he..tapi dapat ajak AJI ngan ADDIN jer. Dapat gak
aa...ambik gambar kenang-kenangan dengan AJI yang dikira antara mereka yang
paling banyak membantu kitaorang semasa berada di bumi JEPUN nih...Terutamanya
menjadi TRANSLATOR yang budiman he..he..Macamanapun..yang tinggal kat sini
harus teruskan perjuangan. Yang dah balik Malaysia, tahniah....berusaha untuk
jadi orang yang berjasa pada AGAMA dan BANGSA
Hasil Kerja Abang Long
18 Mac 2008:
Ume di Kiryu
15 Mac 2008:
Disebabkan minggu lepas dah tertangguh nak g tengok
ume so minggu ni ronda-ronda cari ume kat kiryu. Mula-mula tu kami jalan-jalan
sekitar kiryu tengok pokok ume yang dah mula mengeluarkan bunganya kemudian ke
Azuma Park kot-kot ada ume tapi tak de. Last sekali kami g Minami Park (menurut
kata-kata cik intan). Sampai je kat sana ramai jugak orang, ada yang nak tengok
ume, ada yang main baseball. Taman tu sesuai untuk berkelah dan
bersantai-santai. Orang jepun ramai je yang bawa makanan berkelah kat sini tapi
kami tak bawa apa-apa sebab tak tau macamana rupanya taman ni…lain kali boleh
la bawa makanan. Sambil jalan-jalan tengok ume tu terjumpa lak orang Malaysia
yang tengah buat training kat kiryu..ramah je orangnye. Lepas borak-borak tu
kami sambung ambik gambar sebelum balik rumah.
10 Mac 2008:
Akhirnya siap gak puding roti. Mula-mula tu malas
je nak buat tapi memandangkan ada lagi baki roti yang buat masa g ichigo gari
so buat la sikit. Rasa-rasanye puding ni la yang paling mudah dan cepat, sesuai
bagi suri rumahtangga macam saya le he..he..he…
yang nak masak sambil tak terlayan anak-anak.. (macam anak ramai, baru 2
orang).
Ichigo Gari..
9 Mac 2008:Projek kali ni ke Ichigo Gari. Mula-mula tu nak g tengok ume dan ichigo tapi memandangkan masa macam semput je so projek ume batal, kitaorang g ichigo gari je. Kami bertolak awal-awal pagi lagi, berkonvoi dengan 2 buah kereta seramai 10 orang. Sampai ke kat sana kami naik van yang telah disediakan..comel-comel semuanya van tu..he..he..he.. masa yang diberikan hanyalah setengah jam so pulun lah…makan…yang merah kami makan, yang hijau pun kami makan…yang hijau tu tak kurang bestnye…sedappp…macam makan jambu lak… Balik je dari Ichigo Gari, kami nak singgah kat taman dekat Maebashi, yang ada sakura tu, bersebelahan taman ros tapi tak de parking laaa..pulak so kami singgah kat taman yang lain untuk makan-makan, nama taman tu tak tau..bak kata Milot..”taman bodoh-bodoh” . Lepas tu singgah kat rumah kohai untuk solat zohor jap. Ingatkan lepas tu dah nak balik dah tapi ada yang bagi cadangan nak singgah kat kincir angin memandangkan tempat tu ‘on the way’ dalam perjalanan pulang so kami singgah la situ kejap..makan ais krim,jagung bakar dan pisang bersalut coklat sambil santai-santai. Lepas tu kami pulang laa…..walaupun penat…tapi seronok.
Habibah Lena..
4 Mac 2008:
Hasil Kerja Abang Long Kat Sekolah..
3 Mac 2008:
Majlis Sobetsukai..
3 Mac 2008:
Majlis Sobetsukai ni start dari pukul 6.00 petang
dan tamat lebih kurang pukul 9.00 malam. Majlis ni diadakan di Dewan Kaikan.
Kami terlambat sampai sikit…siap dah awal dah…tapi bila time nak pergi
je…macam-macam kerenah anak-anak…kesudahannya lambat jugak sampai. Majlis
dimulakan dengan ucapan presiden dan pengarah projek, lepas tu doa
makan…he..he..he.. Menu utama malam tu nasi beriani dan karipap tapi ada juga
yang rajin tolong buat kek dan muffin ..sedappp.. Selesai je makan acara
diteruskan dengan persembahan dari Aji, lepas tu acara diakhiri dengan
penyampaian cenderahati kepada senpai-senpai yang nak balik nii…. gambar tak
dapat nak ambil pasal tengah dukung anak ..sorry yeee…. Apa-apa hal pun malam
tu memang seronok pasal dah lama tak de program yang melibatkan secara
ramai-ramai.
Jom Gi Oyama..
2 Mac 2008:
Hari ni nak g jalan-jalan pulak pasal semalam dah
berkurung kat rumah…tak tau nak g mana, last-last Abang ajak naik densha je
pasal dah lama tak naik densha. Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami bertolak ke
Kiryu Eki…nak g mana ek?...fikir punya fikir Abang ajak g Oyama tapi tak tau
ada ape nak sana..saje je g jalan-jalan. Perjalanan lebih kurang sejam juga ke
sana memang puas aaa….naik densha he..he..he…(tak pernah dibuat dek
orang…semata-mata nak naik densha). Sampai je sana keluar beli makanan dulu
dekat ampm lepas tu kitaorang ronda–ronda kat shopping complex kat situ….tapi
tak sempat nak tengok lama-lama pasal densha ke Kiryu ada 2 je…satu pukul 12.07
tengahari dan satu lagi pukul 7 lebih…so kitaorang naik yang
12.07tengahari….eemmm….tercapai la hasrat untuk naik denshaaaa……..hi…hi..hi…
Jemput Makan..
1 Mac 2008:
Makan-makan di rumah kami…..saje meraikan
senpai-senpai yang dah nak balik Malaysia….tanda terima kasih kami kepada
mereka yang telah banyak membantu kami selama ini. Tahun ni ramai yang
balik…kalau tak salah seramai 16 orang …nanti sunyi la Kiryu nanti. Apa-apa pun, selamat maju jaya semua.
Snowman..
24 February 2008:
Emmm..hari nie terjumpa ngan Snow Man pelik
sikit…..biasenyer bulat2 jer….Yang nie kreatif sikit….So aper lagi…tangkap jer
gambar…nak buat sendiri tak pandai…dan ..tak cukup salji….Tumpang yang orng
punyer pun jadi laaa…he..he..
"Happyou" Muzzammil
24 February 2008:
Abang Long “Happyou” hari ni….Majlis tu start tu
pukul 1.00 petang sampai 4.00 petang….…..tapi tak sampai pukul 4.00 pun…lebih
kurang pukul 2.00 lebih majlis tu dah tamat. Masa masuk dewan cikgu Abang Long
panggil nama sorang-sorang naik pentas…eemmmm kat rumah punya lah berlatih…bila
ibu panggil Muzzammil…”Haiiiii”..tapi masa kat sana tak jawab pun, saje je
laaa..Abang Long ni!. Masa buat persembahan pun…ada jugak yang Abang Long tak
buat…gemuruh kot tengok orang ramai…he..he..he…
Kelas Abang Long buat 2 persembahan, yang
pertama,..yang selalu Abang Long buat kat rumah..”OMEMET….OMEMET”…ibu dan ayah
ingat apa ntah Abang Long cakap..rupa-rupanya buat ‘rehearsal’ guna ‘castanet’…
Habis je persembahan, terus cari ayah…ayah lambat sikit datang ambil..apalagi
menangis la pasal tak jumpa ayah.. tapi lepas tu ok je, dapat hadiah lagi
sensei bagi…eemm…suka laaa…..
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!
23 February 2008: Tanggal 23 Februari 2008 genaplah Muzzammil 3
tahun, tapi kitaorang tak sambut pun…cukuplah sekadar mengingatinya…..pagi-pagi
lagi kitaorang dah keluar pasal nak cari baju dan seluar putih untuk Abang Long
“Happyou” esok…cari punya cari…dah pun tengahari. Kami balik rumah dulu solat
zohor lepas tu gi Fressay beli barang dapur, balik je dari Fressay singgah
rumah Rossa jap walau pun diaorang tengah sibuk dengan aktiviti packing-mempacking…nak
kacau jugak diaorang ni….hi…hi..hi…sorry nye!. Balik je dari rumah Rossa terus
g klinik gigi….ni appointment kali ke-3 Muzzammil dengan doktor gigi. Bila dah
sampai rumah semua dah letih….tapi rasa macam nak buat
kekkkkkk…..je….he..he..he…hajat tu nak tidur je…letih…tapi nak buat jugak…nasib
baik ada suami yang penyabar…tolong jaga anak-anak…kalau tak….kek entah ke
mana..anak-anak entah ke mana…Terima kasih Abang!
Habibah dan Naik Basikal
15 February 2008:
Abang Long Bermain
11 February 2008:
Yuki kat Kiryu
3 February 2008:
Hari ni sesudahnye sembahyang subuh, intai ikut
tingkap…wahhh….yuki dah turun…semua nampak putih…seronok! pasal tahun lepas
yuki tak turun kat kiryu. Apa lagi …ditengah kedinginan pagi di subuh hari,
kami bertiga keluar berjalan di sekitar kawasan rumah merasmikan yuki yang
turun sejak malam tadi…mulanye agak segan..takut la jiran kami yang kat tingkat
bawah kata ape…tapi diaorang pun excited gak….sama-sama la…kita
ekk…he..he..he….
Malam 10 Muharram
18 Januari 2008:
Telur kembar.....sempat buat Kek Gula hangus...Hajatnyer nak buat bubur asyura....Tapi memandangkan kene kacau dari pagi hingga petang,,,,di tambah ngan kerenah anak2...so cancel aaa. Masa nak buat Kek tu ter kejut sebab dapat telur kembar...mungkin petanda dapat anak kembar nanti he..he...lambat lagi aa.
Sekolah Lagi...
8 Januari 2008:
Hari ini kene tangkap gambar gak kat sekolah
muzzammil. Tak nangis tapi cam muncung semacam jer muzzammil tuh . Takper aaa muzzammil...susah2
dulu....senang2 kemudian..Hari ini ambik muzzammil lambat sikit kul 1230 tgh
lepas sembahyang zohor. Bak kater dalam citer kamen rider kabuto:"besi
hanya akan bertambah kuat apabila di tempa". Nanti bila dah kuat dan matang boleh la..bela
nasib Agama dan Bangsa.
Hari Pertama Pergi Sekolah Tadika
8 Januari 2008:
Hari nie nak pergi daftar muzzammil kat Tadika
Jepun...sempat ambik gambar sebelum pergi (tengah pakai kasut sendiri ). Kat sekolah tak sempat nak ambik
gambar...kalut sikit. Sensei cakap Jepun...Kitaorang cakap Inggeris...macam
Ayam ngan Itik. Takper la...tafsir sendiri jer la...Pening punyer pasal campur
segan he..he...tak sempat ambik gambor Muzzammil ngan budak2
jepun...emm..mungkin esok boleh ambik kot. Hari nie Muzzammil duk kat situ dari
pukul 900am sampai 1130am lebih kurang. Esok dan minggu nih...insyaallah sampai
1230 tgh. Minggu depan mungkin sampai 400pm. So, boleh la...start panas engine
untuk sambung belajar balik. Otak pun cam dah beku...so kene panaskan lamer la
sikit.
Seronok aa..dapat mainan. He..he..beli kat HARD OFF
nampak cam ok jer angkat terus. Asalnyer nak beli benda lain....pegi angkut
benda lain lak. Bukan aper sajer...dulu kecik2 tak sempat ader rumah atau
khemah sendiri....Dulu2 kadang buat khemah pakai kusyen jer...bersepah rumah.
So kali nie untuk anak sulong nie..beli aa ..satu yang second hand....Ader
rezki time Muzzammil tidor, boleh tumpang sekaki...Terkonang semasa dulu.