M'SIA 2011

Pemilihan Kelas Tahun 1..
29 Disember 2011:


Sebelum start masuk darjah 1, Muzzammil kena ambil Ujian bagi menentukan kelas mana yang perlu masuk. Seingat-ingat, dulu2 takde test macam nie..pakai terus masuk jer...cikgu yang tentukan. Agak2 nyer mungkin sebab Sekolah Agama..nak tengok basic bahasa arab. Kat sini ada 2 kelas jer..BAKRI dan UMARI. Muzzammil dapat 1 BAKRI. Tak kisahlah mana kelas pun..janji boleh belajar dengan selesa dan dapat kawan2 yang baik2. Tapi masa ujian tu memang dapat tengok betapa ibu ayah budak-budak kat situ nak anak diorang dapat markah yang tinggi supaya dapat kelas yang bagus atau yang cerdik. Ada ibu bapa yang tolong ngajor anak diorang pun ada ..he..he..Oleh kerana Muzzammil duk..kat tengah2..tak dapat la ayah nak tolong..Ayah tolong ambik gambor jer la...:). Tapi dari gaya muzzammil...macam confident jer jawab..betul ker tidak pun tak tahu..:). Takper yang penting berusaha dan dok tiru...he..he..Satu lagi...baru perasan, Muzzammil sorang jer rase2 nyer pakai baju biasa. Orang lain semua pakai baju sekolah.
Cikgu bagi penerangan
Sedang Menjawab Soalan

 


Macam susah jer soalan tu Abang Long..:)


Habibah teman Abang Long

Pandai pulak Habibah Posing..Pompuan la katakan..
 

Keletihan..
23 Disember 2011:

Keletihan selepas conteng-conteng dalam buku diari lama ayah. Tido atas sofa lama masa di Rumah Sewa di Taman Bukit Katil.
Ada Gaya

Bacaan Yassin Kesuri
18 Disember 2011:







Blokku..
10 Disember 2011:


Bermain dengan 'Blokku'. Ala-ala lego. Mainan nie beli kat Jepun. Tapi memang puas hati sebab diorang selalu main.




Lawatan ke Jimah Power Plant..
15 November 2011:

Ini merupakan lawatan sambil belajar bagi Subjek Turbomachinery untuk pelajar BMCT tahun 4 batch 2009/2010. pelajar-pelajar yang uruskan semua. Staf dan Pensyarah teman jer...Memang sengaja buat macam tu..supaya pelajar2 boleh belajar untuk aturkan satu-satu program lawatan. Ni kira..pengalaman yang diorang perlu dapat sebelum masuk kerja. Terperanjat sikit bila buat lawatan kat sini. Biasa Taklimat dan Lawatan jer...tapi kali ni masa taklimat, jurutera JIMAH Power Plant siap menguji kefahaman pelajar tu tentang pengetahuan termodinamik. Diorang beri gambarajah skematik untuk Sistem Turbin Gas di Jimah Power Plant. Pastu disuruhnya...pelajar2 BMCT lukiskan gambarajah T-s. Fuh..nasib baik. Yang kagumnya..diorang boleh jawab dengan baik sekali dan masih ingat dan faham apa yang diorang belajar termodinamik 2 semasa tahun 3 dulu. Bangga juga la rasanya..Cuba teka..siapa yang ajar diorang...Dah tentu ..Great Teacher Yusmady ...he..he. Tapi sebenar nya, batch nie..semua bagus dalam segala segi...presentation, semangat utk belajar, respect lecturer. Setakat nie..ada yang dah pergi oversea dan dapat kerja yang baik2.



Pelajar Fokus mendengar Taklimat
 

Respect aa..Akmal dan Razmi pun Fokus dengar taklimat..:)
 

Nie la rajah skematik proses Turbin Gas yang diorang tanya..
 

Model Jimah Power Plant
 

Lawatan di bahagi Kepada 2 Kumpulan
 

Dalam Bilik Kawalan

Hari Keluarga FKM di A Famosa Resort
17 Julai 2011:















 
 

Program Pintar FKM
28 Jun 2011: