ARWAH AYAH

AL-FATIHAH....

Semoga ayahku berada bersama orang-orang yang soleh di akhirat. Jasanya, kasih sayangnya dan pengorbanannya tidak diungkapkan dengan kata-kata semasa hidupnya. Setelah daku menjadi bapa kepada anak-anakku, baru kutahu betapa sayang dan kasihnya ayah terhadapku dan adik beradik yang lain. Cuma tidak diucapkan dibibirnya. Maafkan aku ayah, sekiranya melukakan hatimu. Aku telah cuba yang terbaik semasa hidupmu. Namun kekuranganku, mungkin mengguris perasaanmu. Hanya doa dan amalan-amalan yang diterima ku harap dapat membantumu disana. Terima Kasih Ayah.