NIHON 2006 NEW


Flea Market
2 Disember 2006:

Hari ni ajak cik sas jalan-jalan dekat orang jual barang-barang 'second-hand'. Tempat tu dekat je dengan Gundai...sepanjang jalan tu la...nama jalan..tak tau pasal bahasa jepun semua tu...he..he...he...buta huruf jepun....Cik fida dan su pun ikut sekali....sempat ambik gambar lagi...terima kasih sas atas sumbangan gambar. Banyak jugak barang yang dijual kat situ termasuklah barang2 antik...tapi tak de satu pun yang menarik di hati kami cuma beli makanan dan stoking je... sambil tu sas bawa tengok "movie" jepun kat situ.... pun tak faham apa dia cakap pasal cakap jepun! Dah puas cuci mata kami pun balik.....Terima Kasih pada yang meneman. 
 

Parti Sate
11 November 2006:

Ni aktiviti kedua sepanjang kami duk kat sini...parti sate.......eeemmmm....masa ni lah kalu nak makan sate dengan sepuas-puasnye.......ada ayam,lembu dan kambing...pilih2 mana yang suka....parti ni buat kat dewan kaikang je.....besar dan selesa. Ada jugak makanan tambahan yang dibuat oleh pelajar2 kat sini.....semuanya berbakat dalam bab masak-memasak ni......
 

 


 
Daun Luruh (Haruna)
28 Oktober 2006:

Ini kali pertama semenjak datang ke bumi Jepun kami sekeluarga mengikuti program bersama pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Mula-mula pi tengok la daun luruh kat atas bukit tu.......lepas dah ambik gambar semua tu...turun bawah jap ambik gambar kat tepi tasik sambil2 beli cenderahati untuk kenangan... Lepas tu kami berkelah kat tepi tasik ...tempat yang sama cuma lokasinya yang berbeza sikit....kat situlah kami makan beramai2...macam2 adaa........pada mulanye tak berapa sejuk, semuanya menikmati hidangan tapi bila ada angin je....Ya Allah...sejukkknye.....tak tahan... Bila dah selesai solat zohor, kami pun p naik kereta kabel tapi tak tinggi sangat.....sampai je kat puncak sana tak nampak apa pun pasal kabus tebal sangat!




 
 
 
 


 

 
Pertama Kali Jejak Kaki Di Bumi Jepun
26 September 2006:
 

 


26/9/2006 (Selasa) kami sampai di bumi Jepun jam 7.30 pagi di Lapangan Terbang Narita. Alhamdullillah semuanya selamat. Muzzammil (1 tahun 7 bulan 3 hari) juga tak meragam sepanjang dalam perjalanan. Hari ni merupakan hari ketiga kami berpuasa. Kami terpaksa menunggu hingga jam 3.30 petang untuk menaiki bas ke Bandar Kiryu....nasib le tu je bas yang ada  ......kami sampai lebih kurang jam 6.30 petang di Bandar Kiryu....ada pelajar malaysia yang sambut termasuk Arai sensei dan Miss Katyniwa...terharunya....lepas tu kami dibawa berbuka puasa di rumah cik sas....ramai pelajar malaysia yang sambut kami. Anyway, terima kasih banyak2 atas segala layanan dan masakan hari tu...suka sangat sebab semuanya ramah2 belaka..he..he..he..  

 

Kejohonan Formula Varsity Yang Pertama (FV KUTKM 2006)
14 September 2006:

Ini gambar baru dapat dari anak didik UTeM (KUTKM)...Sebenarnya ini projek sebelum sambung belajar ke Jepun....100% kereta tu..hasil titik peluh dan komitmen pelajar2...pensyarah hanya bagi sokongan dan semangat. Kereta ini dibuat untuk perlumbaan Formula Varsity 2006 di UTeM pada tahun 2006. Perlumbaan antara KUTKM dan KUITTHO. Walaupun kalah teruk dari segi perlumbaan, namun kira menang dari segi kreativiti. Kira ok gak..pelajar2 dapat siapkan dua buah kereta untuk perlumbaan tersebut, walaupun salah satu terbarai mase perlumbaan. Kereta KUITTHO memang cantik dan mantap, kira boleh tabik. Dalam perlumbaan tu...memang ader yang tak berpuas hati dari segi penganjuran...sebab kurang pengalaman dan bukanyer penganjur profesional..baru nak start  . Kalah menang tak berapa penting. Yang penting komitmen, semangat, kegigihan dan kesabaran pelajar2 tersebut. Kalau sifat2 mereka nie maintain...insyaallah mereka2 nie boleh berjaya dengan lebih jauh lagi....Tapi setakat nie tak boleh nak challenge Formula Varsity SAE lagi laa...Tapi pujian penuh sebagai titik permulaan...Syabas anak bangsa.

Program ini hasil cetusan idea daripada presiden FaMESA sesi 2005/2006 iaitu En Wan Hafizan. Cetusan idea ini mengambil inspirasi Formula Student SAE dengan harapan perkara yang sama akan dibuat di Malaysia dikalangan IPT tempatan. Sambutan daripada penpentangan Idea tersebut adalah dingin pada mulanya. Sehinggakan idea tersebut dikatakan ‘too ambicious’ disebabkan keinginan untuk melibatkan kesemua IPT tempatan. Penasihat FaMESA merangkap Penasihat FV 2006 ketika itu berusaha supaya apa yang dirancangkan oleh pelajar FaMESA ketika itu dapat dijalankan sebaik mungkin. Oleh kerana keputusan pihak atasan supaya dikecilkan skop penglibatan IPT, maka jemputan untuk kejohanan tersebut hanyalah dibuat bagi IPT sekitar Melaka. Hasilnya hanya ada 2 pasukan yang ingin menyertai, yang mana kedua-duanya adalah dari Kuittho (UTHM). Memandangkan penyertaan yang sangat minimum dengan yuran penyertaan bagi setiap team sekitar RM 1000, hampir-hampir kejohanan ini dibatalkan disebabkan kekangan kewangan. Delegasi daripada Kuittho ketika itu telah melawat KUTKM untuk berbincang berkaitan Formula Varsity 2006. Hasil berbincangan, kejohanan ini diteruskan juga walaupun dengan penyertaan yang minima iaitu dengan penyertaan 2 pasukan dari kuittho. Pasukan KUTKM dengan budget yang sedikit lebih kurang RM2000-3000, telah menyediakan 2 pasukan untuk berentap dengan Kuittho. Ketika itu Penasihat FaMESA merangkap sebagai pengurus pasukan bagi kedua-dua pasukan UTeM.

Keputusan Keseluruhan:
Johan: Kuittho (SeRV 1?)
Naib Johan: Kuittho (SeRV 2?)

Organisasi FV 2006
Penasihat FV 2006: Dr Yusmady Mohamed Arfin
Pengarah FV 2006: Wan Hafizan (Presiden Famesa sesi 2005/2006)
Timbalan Pengarah FV 2006: Micheal Issak
Setiausaha: Syerrie Syarida
Bendahari: Raz Mo Ras
AJK Hospitaliti: Nor Fadhlina
AJK Perhubungan: Salim Yunos
Team KUTKM 1: