NIHON 2006



Saturday, 2-Dec-2006 12:00 
Flea Market



Hari ni ajak cik sas jalan-jalan dekat orang jual barang-barang 'second-hand'. Tempat tu dekat je dengan Gundai...sepanjang jalan tu la...nama jalan..tak tau pasal bahasa jepun semua tu...he..he...he...buta huruf jepun....Cik fida dan su pun ikut sekali....sempat ambik gambar lagi...terima kasih sas atas sumbangan gambar.
Banyak jugak barang yang dijual kat situ termasuklah barang2 antik...tapi tak de satu pun yang menarik di hati kami cuma beli makanan dan stoking je... sambil tu sas bawa tengok "movie" jepun kat situ.... pun tak faham apa dia cakap pasal cakap jepun!
Dah puas cuci mata kami pun balik.....Terima Kasih pada yang meneman.  

Saturday, 11-Nov-2006 12:00 
Parti Sate





bakar sate ramai-ramai

posing abang & adik
 
Ni aktiviti kedua sepanjang kami duk kat sini...parti sate.......eeemmmm....masa ni lah kalu nak makan sate dengan sepuas-puasnye.......ada ayam,lembu dan kambing...pilih2 mana yang suka....parti ni buat kat dewan kaikang je.....besar dan selesa. Ada jugak makanan tambahan yang dibuat oleh pelajar2 kat sini.....semuanya berbakat dalam bab masak-memasak ni......
 

Saturday, 28-Oct-2006 10:30 
Daun Luruh (HARUNA)





gambar family

hero gunma


 
 
Ini kali pertama semenjak datang ke bumi Jepun kami sekeluarga mengikuti program bersama pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Mula-mula pi tengok la daun luruh kat atas bukit tu.......lepas dah ambik gambar semua tu...turun bawah jap ambik gambar kat tepi tasik sambil2 beli cenderahati untuk kenangan...
Lepas tu kami berkelah kat tepi tasik ...tempat yang sama cuma lokasinya yang berbeza sikit....kat situlah kami makan beramai2...macam2 adaa........pada mulanye tak berapa sejuk, semuanya menikmati hidangan tapi bila ada angin je....Ya Allah...sejukkknye.....tak tahan...
Bila dah selesai solat zohor, kami pun p naik kereta kabel tapi tak tinggi sangat.....sampai je kat puncak sana tak nampak apa pun pasal kabus tebal sangat!


Tuesday, 26-Sep-2006 12:00

 
 
26/9/2006 (Selasa) kami sampai di bumi Jepun jam 7.30 pagi di Lapangan Terbang Narita. Alhamdullillah semuanya selamat. Muzzammil (1 tahun 7 bulan 3 hari) juga tak meragam sepanjang dalam perjalanan. Hari ni merupakan hari ketiga kami berpuasa. Kami terpaksa menunggu hingga jam 3.30 petang untuk menaiki bas ke Bandar Kiryu....nasib le tu je bas yang ada  ......kami sampai lebih kurang jam 6.30 petang di Bandar Kiryu....ada pelajar malaysia yang sambut termasuk Arai sensei dan Miss Katyniwa...terharunya....lepas tu kami dibawa berbuka puasa di rumah cik sas....ramai pelajar malaysia yang sambut kami. Anyway, terima kasih banyak2 atas segala layanan dan masakan hari tu...suka sangat sebab semuanya ramah2 belaka..he..he..he..  

14-Sep-2006
FV KUTKM 2006