M'SIA 2012

PetroSains
24 Disember 2012:

Waktu ni cuti sekolah. Kami sekeluarga pergi ke PetroSains di Kuala Lumpur. Sengaja pergi awal untuk mengelakkan kesesakan dan ramainya orang di tempat2 yang menjadi tumpuan kanak2. Sebelum PetroSains buka..kita orang dah ada disitu... Dalam perancangan tu..banyak juga la nak pergi...AquaRia la...Kidzania la...Tapi tengok kewangan juga..:). PetroSains memang sesuai bagi anak2 main sambil belajar. Biar diorang minat belajar sains. Kat sana macam2 ada. Kadang2 orang tua pun seronok jugak. Harga tiket takde la mahal sangat.

 
Dalam Hurricane Simulator

Haa...yang ni..gambar dalam 'Hurricane Simulator'. Alat nak bagi orang rasa macamana rasanya kelajuan angin jika ribut taufan berlaku. Gambar atas..simulasi belum berjalan lagi...sebab tudung habibah dan topi muzzammil..masih dalam keadaan elok. Gambar yang bawah tu...kelajuan angin dah mencapai 129.7 km/jam. Laju tu...sebab tu la..topi ngan tudung diorang dah mula terangkat..:). Tak ingat berapa kelajuan maksima. Tapi rasa2nya 129.7 km/jam tu..belum sampai maksima lagi. Mesin nie tak sesuai untuk orang2 yang pakai kain pelikat, skirt dan segala bagai seumpamanya...sebab angin dalam alat tu datang dari bawah..:)

Cermin Ilusi
 
 

Zaman Jurassic
 

Kantin PetroSains

On the way ke bahagian lain..
 

 Goal Keeper Simulation
 
 
 Tido...
25 November 2012:

Saja2 suka tangkap gambar anak2 tengah tidur....letih main agaknya atau letih gaduh dengan abang long dan kak long. Bila tengok kerusi baru teringat...nie kat rumah nenek dia kat Pasir Panjang K Terengganu.



Zoo Melaka..
20 November 2012:

Kali ni..Kak Nor, Arwah Atin, Farah dan Boboi menginap rumah kitaorang lebih kurang seminggu. Jadi kitaorang bawa ke Zoo Melaka. Tengok2 binatang kat situ. Kitaorang pun tumpang sekaki la..bawa anak2. Ok gak la..banyak aktiviti di dalam Zoo tu memang berbaloi. Tu pun tak sempat nak tengok semua...Biasala kalau dah bawak anak2...ada had masa...bila dah dekat tengahari mula la buat perangai...nak balik la..lapor la..macam2 la...Pendek kata kalau nak bawak anak2 kecil..pergi la awal...waktu matahari tak berapa terik lagi....mood pun masih tahap maksima.

Bergambar sama2
 

Harimau Jadian 1: Habibah dan Muzhaffar
 

Harimau Jadian 2: Arwah Atin dan Muzzammil


Belenggeng..
14 November 2012:

Nie ..kat rumah nenek di Bukit Tumbuh. Rumah kampong, panas sikit. Tu..yang dok pakai baju tu..tinggal pampers jer...:)


 
Pantai Teluk Ketapang..
11 November 2012:


Bawak anak2 main pasir di Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu. Biasanya kalau balik Terengganu, pantai dan makanan tradisional yang akan menjadi agenda utama..:)
Jauh Terpisah...buat hal masing2
 
Rapat2..sebab Ayah Nak Ambil Gambar

Tiga Beradik..
10 November 2012:

Tiga beradik. Kadang2 gaduh..kadang2 ok. Dalam gambar nie...dalam keadaan OK. Susah nak dapat pose ni..:)



Naik Kuda Agaknya
 

Macam ni la baru betul...


Persembahan Habibah di Taska Raudhatul Sakinah..
4 November 2012:

Habibah perlu buat persembahan depan Mak Ayah. Dalam gambar nie..adalah kawan-kawan habibah. Kena nyanyi lagu nasyid. Lagu berkaitan surah Fatihah kalau tak silap..dah tak ingat dah. Yang pasti lepas tu ada lakonan kisah pengembala dan kambing biri2 (Dalam Upin & Ipin). Habibah jadi bunga ...:)
 


Main Di Aeon Bandar Melaka..
3 November 2012:

Ni kat Aeon Bandar Melaka. Antara tempat yang biasa kitaorang lepaskan anak2. Saja bagi diorang lepaskan hormone aktif diorang kat situ dihari minggu. Tempat ni..kena bayar RM8 seorang unlimited. Tapi sekarang dah naik harga lagi..dah jadi RM10 seorang walaupun unlimited. Rasa2nya tak sampai 1 tahun dah naik beberapa kali. Lagi pun budak2 nie..bukan main lama pun...kadang 2 jam dah nak keluar. Oleh kerana unlimited...diorang kena paksa duk lama-lama sikit...baru berbaloi ayah bayar. Kalau tak nak duk lama-lama, lain kali main jer kat tempat main di food court . Takyah bayar..:)





Sarapan Pagi..
1 November 2012:

Ambil gambar anak semasa sarapan sebelum pergi sekolah. Sebenarnya..nak test camera kat phone baru jer...:)





Try Hand Phone Baru...
31 Oktober 2012:

Ha..nie pun sama nak try camera kat phone baru...:). Semua gambar diambilnya... temasuklah belakang kepala member2 yang makan tengahari sama2.

Anak Sulong
 

Imran
 

Dr Abd Rahman

TESCO Bandar Melaka..
29 November 2012:


Tempat yang biasa bawak isteri dan anak2..Aeon..Aeon...Aeon, Mydin..Mydin..Mydin...Tesco... Tesco.....Tesco. Antara tempat yang selalu dibawa. Tapi kali nie giliran ke Tesco.

Tak pasti..sebelum pergi Tesco..atau selepas balik dari Tesco..:)

Main kat sebelah Food Court


Antara Minuman Kegemaran


Kejohanan FV UTeM 2012..
13-14 Oktober 2012:


AJK FV di VIP Loudge

  
 
 



Taklimat FV 2012..
9 Oktober 2012:

Kena bagi taklimat berkaitan perancangan semasa kejohanan FV 2012 yang lepas. Pakai 3 projector tu...Ngajor pun tak sebanyak tu pakai projector. Projektor tiga...Komputer pun tiga....Kalau tak faham lagi taklimat tu tak tahu la....:)

Hilmi, Mahathir & Razmi..Hilmi jer fokus..:)
 

Ramai nie jer..:)
 

Faham tak Faham Belakang Kira...Yang penting ada Gaya..:)
 

Ader ajer...soalan nak ditanya..:)
 

Penjelasan dari Pakar Permotoran
 

Antara Orang Kuat FV 2012
 

Jadual Kejohanan yang Padat
 
 
Jadual Kejohanan yang Padat ..saiz A3 tu..A4..tak muat. Entahlah ..berfungsi ke tidak jadual tu. Yang penting kejohanan tu berjalan lancer.


Perjumpaan PA pelajar BMCT Cohort 2009/2010..
28 September 2012:

Fuh...rambut smart giler ..macam orang mude...he..he..Sebenornya tu la stail rambut semenjak graduate dari UKM. Gunting sendiri tu...Start gunting sendiri rambut semenjak di UKM lagi...Masa tu..nak jimat belanja..Tapi sekarang dah jadi kebiasaan gunting sendiri jer rambut tu...dah cekap. Kira dah professional la...Yer la ..dah lebih dari 13 tahun pengalaman tuuu...Gambar2 dibawah nie....diambil tanpa disedari semasa Majlis Perjumapaan Penasihat Akademik dengan pelajar2 batch 2009/2010. Masa ni la kira perjumpaan secara rasmi..supaya nak pastikan semua pelajar jumpa PA. Diorang nie..dipantau semenjak 2009 semasa diorang tahun 1. Uish..macam dasyhat jer..bunyi nyer. Pantau akademik diorang jer...Sekarang nih...kebanyakkan diorang dah selesai belajar di UTeM. Bulan Oktober 2013 nie..diaorang KONVO.

Masa bila diorang ambil gambar nih?
 
Faham ke Tidah Nih? Macam Boring jer..:)
 
Check Subjek2 yang Masih Tertinggal..PA gak kena Check
 

Bergambar Bersama, Harap Diorang Semua Berjaya Dunia Akhirat.

 

Open House Mahanum & Potong Kek Shafizal Utk ke UK 7 September 2012:

 
 
Majlis Hari Raya SRAJTR..
6 September 2012:

.......................................





 






Majlis Kahwin ADDIN..
6 September 2012:

Di Majlis perkahwinan ADDIN di Kuala Selangor. Jauh gak tempat tu..Tapi takper sebab kawan punyer pasal. ADDIN antara yang banyak tolong kitaorang masa di Jepun dulu. Juga merupakan Jiran masa tinggal di Bangunan White Corp di Gunma. Kitaorang duk atas ADDIN duk bawah. Internet pun kitaorang kongsi bersama...pergi surau kadang2 pun bersama...Kira ADDIN tu..antara imam solat kat sana la..Dalam gambar tu pengapit lelaki yang berambut panjang tu adalah Bapa Saudara ADDIN..Sebenarnya bapa saudara ADDIN tu..adalah kawan semasa di MRSMKT dulu...La...kecik rupanya dunia ni...pi mai pimai tang tu jugak...:). Wajah masih sama seperti dulu..cuma stail rambut jer lain..:).  



Tido dengan Buku Ultraman..
3 September 2012:

Baca buku Ultraman..secara terbalik. Pastu tertido terus..:)
 
Beraya di Rumah Nenek & Arwah AKI..
18 Ogos 2012:




Ayah dan Anak Sulong..
13 Julai 2012:


Ambil gambar bersama anak sulong. Nak tengok ciri-ciri yang sama. Macam..kulit jer yang sama..:).


Bilik Di UTeM..
6 Julai 2012:
 
Ni ha..bilik pensyarah di Bangunan Hijau FKM, UTeM. Tempat bertapa dan segala bagai. Sekali tengok macam cantik lak..he..he...Puji diri sendiri la...Sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri... Bilik kena cantik dan selesa...baru semangat nak buat kerja...Tapi bilik cantik macamanapun...student mesti susah nak datang jumpa...Segan agaknya. Tapi..kalau dah masuk bilik nie...mesti diorang tengok sekeliling..atas..bawah...Tanya pasal key chain la...Apparatus la...Pow gula-gula pun ada..Takper la...memang untuk diorang pun.
Pantai Terengganu lagi..
6 Jun 2012:
 
Pantai Terengganu..
29 Mei 2012:
 
Angkasawan..
27 Mei 2012:


Nebulizer di Klinik Amal..
21 April 2012:
 
Muzzammil tengah ambil Nebulizer...biasanya kalau macam nie...asma teruk sikit dah tak leh biar gitu jer. Sian menengoknyer. Biasa la budak2...aktif, tak dapat nak haling setiap masa diorang melepaskan hormone aktif diorang nih. Terlalu aktif...nie la akibatnya. Tapi sian pulak tengok anak2 bila kena asma..harap cepat sembuh...
Bersama Muzhaffar..
7 April 2012:

Saje-saje ambil gambar dengan Muzaffar atas katil...Kalau dah sampai tahap nie...maknanya tengah takde kerja nak buat. Nak main PS3 awal lagi..he..he


 
 


Muzzammil Masuk Sekolah..
4 Januari 2012:



Ini merupakan hari pertama Muzzammil masuk sekolah darjah satu di Sekolah Rendah Agama Tun Razak, Bukit Katil. Steady jer..abang long dok nangis pun.kena tinggal pun tak nangis. Kalau ayah dulu..rase2 macam nangis jer..he..he. Oleh kerana ayah ngan ibu tak sekolah agama, bagi anak2 sekolah agama. Nanti bila dah besar biar ilmu agama ada dalam dada. Nanti Ibu Ayah boleh Tanya masalah agama depan2 jer..he..he. Anak2 kena jadi jauh lebih baik dari Ibu Bapa..betul tak?


Senyum simpul + seposen
 
Dikantin Sekolah Agama Tun Razak yang lama
 
Smart la..abang long. Cam dok sabar jer masuk Kelas..:)

MF dan HB tido..
2 Januari 2012:

Tido lagi....biasanya diorang nih susah nak tido. Aktif..main sana..main sini...Letih agaknya. Tapi..kalau dalam kereta memang cepat tido...sebab tertutup sebab tak leh pergi mana2...:)